MANIFESTO PEMBOHONG PAKATAN MAKAN DIRI!

18 Feb 20142comments


1. Terdesak dengan krisis air ketika ini , janji yang ditabur bagi pemberian percuma 20 meter padu air kepada rakyat Selangor terus diputarbelitkan Kerajaan PKR yang kian rapuh ini. 

2. Beribu alasan diberikan. Jika dahulu Kerajaan Rapuh PKR menyalahkan pihak SYABAS, tetapi kini Kerajaan Kian Rapuh PKR ini memberikan alasan pemberian percuma air 20 meter padu hanya diberikan selepas penstrukturan semula industri air. 

3. Sesungguhnya air itu milik ALLAH. Jika Allah tidak mengizinkan , maka segala perancangan itu tidak akan terjadi. Jika Allah mengkehendaki ianya berlaku , maka berlaku lah ia.  "Kun Fa Ya Kun"



Laporan Sinar Harian 


KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri mampu memberikan air percuma 20 meter padu kepada penduduk Putrajaya dan Kuala Lumpur sama seperti apa yang dinikmati di Selangor sekiranya penstrukturan semula industri air berjaya diselesaikan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara itu sebahagian daripada penyusunan semula industri air di Selangor yang dirancang selama ini.

Katanya, sebanyak RM2 bilion diperlukan untuk melaksanakan pemberian air percuma di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Saya belum buat keputusan tetapi bila kita kata penyusunan semula industri air maka ia termasuk Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“Kita akan salurkan, itu tawaran kepada mereka,” katanya pada sidang media, selepas menghadiri Malaysian Power and Water Summit 2014.

Abdul Khalid berkata, proses rundingan penstrukturan semula itu kini sudah berada di peringkat akhir perbincangan dan keputusan bakal diketahui dalam tempoh dua minggu akan datang.

Katanya, empat syarikat konsesi tersebut masih belum menerima tawaran RM9.65 bilion tetapi beliau yakin kerajaan pusat serta kerajaan negeri positif terhadap pelaksanaan penstrukturan semula itu.

“Kita masih tunggu melalui proses dokumentasi kerana semuanya syarikat senarai awam dan ia perlu dipatuhi,” katanya.
Januari lalu dilaporkan kemelut pengambilalihan industri air di Selangor bakal berakhir apabila kerajaan pusat bersetuju bekerjasama dengan kerajaan negeri mengguna pakai Seksyen 114, Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) bersama syarat lain.

Antara syarat nya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) perlu melantik dua orang pentadbir syarikat konsesi air bagi menjalankan pengurusan air.

Abdul Khalid dilaporkan memberi lampu hijau untuk pelaksanaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) yang tertangguh sejak 2010 dengan mencadangkan pelantikan dua pentadbir mewakili kerajaan negeri bagi merealisasikan projek itu.

Langat 2 merupakan sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah yang akan merawat 1.89 bilion liter air mentah untuk disalurkan ke Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2025, yang sebelum ini tidak dipersetujui kerajaan Selangor.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
12 February 2024 at 08:15

DATUK YIP KUM FOOK use Buddhist Temple to play politics (MCA) because he made himself like very interesting in Buddhist practice, now many Buddhists know about what he did in Buddhist, people will reject when people are true in his history

DATUK YIP KUM FOOK uses thugs (gangster) and police to harass people he does not like and against him, this is a very bad idea for human rights, now the Chinese people are not happy with him because there are people gossiping and sending messages or sharing messages on the internet.

In our prediction, about Datuk Yip and he will suffer more and fortune will fall in the future because he did bad things to the Buddhist monks and cheated the Buddhist monks' money…

He will not be able to solve his problem because he committed a great sin in Buddhism, he removed Buddhist monks (Sangha) from the Buddhist Temple and disturbed the previous committee of SAMNAK SAMBODHI (TAMAN DESA JAYA, KEPONG) also closed Tuition for Malaysian SPM language class students and many more activity stop

From Ah Keong, Cheras….Kuala Lumpur

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team