Islam diancam pelbagai sudut |
1. ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) menerima satu lagi cabaran selepas disaman oleh seorang ahli lembaga Pengarah SIS, Marina Mahathir. Marina Mahathir mengatakan beliau bukan dalang di sebalik pertubuhan bukan kerajaan NGO dalam Gabungan COMANGO.
2. Walau apa pun, ISMA harus bersabar dan meneruskan perjuangan menentang liberalisme dalam COMANGO. Biarpun Marina Mahathir tidak terlibat, namun Pertubuhan yang dianggotainya (SIS) terlibat dalam gabungan Comango yang mencabar hak kedaulatan Agama Islam dan orang-orang Melayu.
3. Diharapkan ISMA tidak gentar dan terus berjuang dalam menolak 6 perkara songsang di dalam Tuntutan Comango . Hal ini kerana lebih ratusan ribu orang-orang Islam Malaysia telah menandatangani Petisyen Membantah Tuntutan Comango yang tidak masuk akal tersebut , kononnya demi HAK ASASI MANUSIA!
4. Antara tuntutan Comango yang mendesak Kerajaan Malaysia untuk tunduk dan akur kepada gesaan mereka adalah: "Mengiktiraf golongan LGBTIQ - Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender selain mendesak Kebebasan memilih agama lain diberikan kepada orang-orang Islam" -NAUZUBILLAHI MIN ZALIK!
5. Kepada Marina Mahathir, baguslah kalau anda tidak terlibat dalam tuntutan Comango ini. Kasihan bapa anda . Bapa anda seorang Nasionalis yang berjuang membangunkan Ummah dan Islam -Tun Dr Mahathir.
+ comments + 1 comments
Pasti! Teks yang baik, sangat bermaklumat dan jelas! Terima kasih kerana berkongsi petua anda.
voyance gratuitement
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...