PKR ANGGAP RAKYAT UMPAMA 'PAWN' / ASKAR BOTAK BUAH CATUR

1 Feb 20141comments

1. Dalam sebuah permainan catur, untuk memenangi sebuah perlawanan di antara dua pemain catur, pemain catur perlu melindungi King pasukannya walau dengan apa cara sekalipun dan perlu mematikan langkah 'King' pihak lawan sehingga permainan sampai ke tahap "CheckMate!"

2. Bagi melindungi "King" sendiri , tidak mengapa untuk pemain-pemain catur mengorbankan atau dengan kata lain mem'bunuh' askar-askar satu langkah yang dipanggil 'pawn' pasukan sendiri. 

3. 'Pawn' atau askar botak dalam permainan catur selalunya berada di barisan hadapan dan kerap menjadi perangkap kepada pihak lawan bagi melindungi "King". Dengan kata lain "Pawn" dijadikan kambing hitam kepada pasukan bagi melindungi "King" walaupun sebenarnya langkahan Pond sama sahaja dengan langkahan King iaitu satu langkah! 

4. Begitulah diibaratkan apa yang sedang berlaku di Selangor ketika ini. PKR menganggap rakyat hanyalah tidak lebih daripada seekor Askar Botak Buah catur (PAWN).  PKR hanya menganggap pembaziran wang rakyat bernilai jutaan ringgit bagi PRK sebagai satu permainan semata-mata tatkala rakyat dan kerajaan digesa berjimat bagi menangani ketidaktentuan ekonomi dunia. 

5. Bagi PKR, bagi menyelamatkan DE FACTO Leader nya (King) , rakyat (Para PAWN) perlu menjadi kambing hitam untuk disembelih. 

6. Namun Pemain Catur kerap terlupa atau leka bahawa kadangkala "PAWN" boleh membuatkan langkah "King" mati  "Checkmate!" kerana pemain catur asyik memikirkan strategi untuk mematikan "KING" pihak lawan padahal PAWN juga punyai kuasa mematikan! 

Share this article :

+ comments + 1 comments

26 November 2021 at 02:31

votre site est tout simplement beau et superbe. Bravo à toi et continue.

voyance gratuite en ligne par mail en direct

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team