BILA DAJAL KELUAR, MACAM-MACAM JADI DI TANAH MELAYU INI !

24 Feb 20140 comments



MASALAH PENDUDUK DI BAWAH NEGERI YANG DIGELAR 'SELANGORKU' LEBIH LEBIH LEBIH LEBIH TERUK DARI NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU YANG LAIN 

Penduduk di Dengkil misalnya terpaksa hadapi masalah gangguan bekalan air selama lebih dari 11 hari..! Itu belum lagi penduduk di Balakong, Cheras, Serdang, Seri Kembangan yang turut menderita. Tapi mana MP dan ADUN mereka pergi? Asyik nak menyalahkan UMNO dan BN jer. Kalau tak pandai buat kerja lebih baik berhenti dan bela babi dari bela rakyat!

Kalau berlarutan macam ni mana boleh tahan bebbb..? Nak mandi junub pun payah, nak wuduk pun susah. Habis tu Khalid Berahim nak suruh kami tunggu musim hujan baru boleh dapat air dan mandi ka? 

Bila cakap Selangor takdak air, Khalid Berahim cepat je tuding jari kat SYABAS. Asyik-asyik salahkan SYABAS. Tak de alasan lain ke Khalid Berahim weiii...! Dok tuding jari kat orang, lagi 3 jari hang tu patah balik kat diri hang sendiri laaaa...Air adalah tanggungjawab kerajaan negeri dan PBT ada faham? SYABAS cuma membekalkan air bersih. Kalau tak dak air Kerajaan Negeri kena buat sesuatu la! 

Khalid marah dan tuduh SYABAS gagal selesaikan masalah air tidak membawa hasil akibat ketirisan. Setau kami ketirisan ini berlaku akibat paip bocor, curi air dan sebagainya. Cuba check betapa banyak kilang-kilang dan kawasan pembinaan sekitar Balakong, Petaling Jaya, Damansara dll yang curi air melalui paip bawah tanah! Semuanya tokey-tokey belaan DAP punya kerja.

Bila SYABAS minta Khalid luluskan permohonan CAPEX (modal) untuk tukar paip baru, tukar peralatan baru yang lebih baik dan kelengkapan pengurusan air yang lebih sempurna, Khalid Berahim REJECT mentah-mentah..!

Habis tu? Khalid nak suruh SYABAS selesaikan masalah ketirisan macamana? Nak suruh gantikan paip karat dengan BULUH? Mana paip yang bocor ditampal dengan chewing gum atau kasi kontrak welding sama kedai Ah Poo? Agak-agak la Khalid weiii...! Buang la perangai menyalahkan orang lain... rasional la sikit.

Kita nak tanya, mana perginya idea-idea Khalid sebelum ni? Mana teknologi membran dari Kanada? Mana projek nak proses air lombong? Mana perginya "tong-tong air" nak tadah air hujan? Khalid dah start proses air laut ke? Kami yakin, Khalid tak buat apa-apa pun. Mana Exco-exco handalan yang dahulunya membela Khalid? Semuanya mula nak sabotaj khalid demi Anwar. Lagi-lagi dan lagi , BACA DISINI 
Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team