KHALID IBRAHIM REDHA JADI MANGSA PEMANGSA POLITIKUS RAKUS!

27 Jan 20140 comments


1. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri besar Selangor dilihat redha dengan ketentuan yang beliau terpaksa melepaskan jawatannya selaku MB sekiranya kepimpinan Pakatan Pembangkang mencapai kata sepakat siapa MB Selangor yang baru dan mendapat perkenan Sultan Selangor. 

2. Khalid Ibrahim merupakan mangsa politikus-politikus tamak yang menjadi sanggup meratah daging rakan sendiri. 

3. Politikus - politikus seperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan rakan-rakannya yang lain sanggup menendang sekutu mereka sendiri apatah lagi sekali lagi membakar duit rakyat untuk diadakan Pilihanraya Kecil. 

4. Barisan Nasional digesa tidak masuk perangkap dengan bertanding di kawasan yang dikosongkan dengan sengaja demi kepentingan politik songsang PKR. 

5. Biarkan sahaja rakyat menilai tindak tanduk mereka umpama anjing yang sedang tersepit dan Barisan Nasional tidak perlu letakkan calon untuk bertanding di kawasan yang dikosongkan itu. 

6. Dun Kajang kini menunggu pengumuman SPR untuk diadakan Pilihanraya kecil dalam masa tidak sampai setahun PRU yang ke 13 yang lepas. 

PETIKAN BERITA: 

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan pakatan pembangkang mencapai konsensus dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah berhubung perkara itu. 


Bagaimanapun, katanya sehingga kini tiada perbincangan dilakukan pucuk pimpinan tiga parti pembangkang dalam pakatan itu mengenai perkara berkenaan. 




"Saya boleh berundur sekiranya pakatan pembangkang mencapai konsensus untuk menggantikan saya tetapi tiada perbincangan mengenainya sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' di sini, hari ini. 




Buku itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin kononnya beliau akan melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor, dengan spekulasi Anwar bakal betanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kajang. 

Ini berikutan peletakan jawatan Anggota DUN Kajang Lee Chin Cheh hari ini. 

Mengulas peletakan jawatan Lee, Abdul Khalid berkata perkara itu sudah dijangka berikutan ura-ura mengenainya didengar sebelum ini. 
"Saya tidak terkejut dengan tindakan Adun (Lee) terbabit kerana ada mendengar mengenainya sebelum ini," katanya. - BERNAMA 
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team