SHAMSUL ISKANDAR (AMK) AKA SAM KETOT KENA MARAH PIJAK BENDERA JEPON! #halauanwar

22 Jan 20140 comments

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan bantahan terhadap tindakan sayap pemuda PKR, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam demonstrasi di Kedutaan Jepun semalam dengan memijak dan membakar bendera Jepun.
Ketua Pembangkang itu bagaimanapun berkata, beliau menyokong tindakan AMK berkenaan membantah keputusan kerajaan Jepun menghalang Anwar memasuki Negara Matahari Terbit berkenaan dengan mengadakan demonstrasi tersebut.

"Saya setuju hak ketua AMK membantah keputusan kerajaan Jepun. Tapi saya tak setuju tindakan memijak bendera Jepun," kata Anwar dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Kuala Lumpur.
Ditanya sama ada PKR akan mengambil tindakan terhadap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin ekoran tindakan berkenaan, Anwar hanya berkata,"Cukuplah... saya dah kata tak setuju, cukuplah tu."
Sayap pemuda PKR semalam mengadakan bantahan terhadap kerajaan Jepun dan menuntut penjelasan larangan mereka terhadap Anwar untuk memasuki negara berkenaan.
Halangan berkenaan jelasnya tidak wajar kerana Anwar difahamkan tidak mempunyai sebarang halangan atau isu sebelum ini dengan negara tersebut.
Dalam demonstrasi itu, turut kelihatan beberapa poster bendera Jepun dipijak dan dibakar oleh peserta demonstrasi.
Kedutaan Jepun semalam dalam satu kenyataan mengesahkan Anwar memerlukan kebenaran khas bagi mengunjungi negara itu setelah beliau pernah dipenjarakan di Malaysia.
Jurucakap kedutaan, Tomoko Nagai berkata, Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 melalui kebenaran khas dan kedatangannya baru-baru ini tidak melalui proses tersebut.
“Sesiapa yang pernah dipenjarakan sebelum ini sama ada di Jepun atau negara lain selama setahun atau lebih akan dinafikan memasuki Jepun.
“Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 dengan kebenaran khas tetapi beliau tidak membuat permohonan sama pada kali ini,” katanya.
Anwar pada Ahad mendakwa beliau dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara itu setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi.
Katanya, beliau bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarahkan pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo.
Nagai berkata, tindakan yang diambil itu selari dengan Akta Imigresen Jepun (Pengenalan Pelarian dan Kawalan) yang terpakai kepada mereka yang pernah dipenjarakan dan berhasrat memasuki negara itu.
Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan Malaysia tidak ada kena mengena dengan keputusan kerajaan Jepun menghalang Anwar memasuki negara tersebut.
Beliau berkata, setiap negara mempunyai hak kedaulatan untuk menghalang sesiapa sahaja yang mereka fikirkan tidak diingini daripada memasuki negara mereka atas apa jua sebab.
Anifah menyifatkan dakwaan "ada tangan tersembunyi" yang mungkin memainkan peranan dalam keputusan kerajaan Jepun sebagai sesuatu tidak masuk akal kerana sepanjang pengetahuannya, beliau tidak mempunyai kedudukan untuk mempengaruhi negara seperti Jepun menyekat individu daripada memasuki negara itu. – 22 Januari, 2014.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team