FAKTA: MENGUAP BOLEH BERJANGKIT!

8 Jan 20140 comments

Setiap kejadian berlaku pasti ada sebabnya walaupun ia membabitkan organ tubuh badan sendiri. Mengapa kita ada kalanya keluar air mata, mata berkelip, rasa gatal pada mana-mana bahagian badan dan kepala berdenyut?
Begitu juga dengan perbuatan menguap yang langsung tidak boleh dikawal ataupun sengaja kita lakukan kerana tindakan itu dianggap sesuatu yang berlaku disebabkan kesan dalaman.
contoh menguap, tak boleh control
Lebih menariknya, pernahkah anda berada dalam situasi, apabila ada seseorang menguap, pasti akan ada orang lain juga menguap? Mungkin ia juga pernah terjadi pada diri anda.


Sebenarnya terdapat banyak spekulasi dan kajian yang dilakukan mengenai menguap. Antaranya, menguap dikatakan berpunca daripada saluran darah dalam badan manusia yang kekurangan oksigen.



Namun memberikan oksigen lebih dalam badan tidak boleh menghentikan menguap. Ada yang menyatakan menguap membabitkan reaksi kimia, reaksi emosi dan reaksi tindakan.



Atas faktor emosi dan kedekatan individu juga satu kajian yang dijalankan di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika mendapati yang tabiat menguap mempunyai kesan berantai yang boleh menyebabkan orang lain juga menguap.



Itulah sebab ada kalanya orang di sebelah kita menguap membuatkan kita juga terasa seperti ingin menguap sama walaupun tiada hubungan darah ataupun kenal antara satu sama lain.



Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan, jangkitan menguap mereka adalah di antara individu yang mereka kenali seperti keluarga dan teman rapat serta orang asing atau baru dikenali.



Menariknya, kajian ini hanya menemui faktor paling penting yang menyebabkan seseorang itu boleh menyebarkan tabiat menguap adalah lebih kepada bentuk hubungan dan keakraban antara mereka dan bukan sebab lain.



Apabila melihat orang lain menguap, saraf seakan-akan meniru dan menyebabkan tubuh juga menguap. Ada sesetengah individu boleh menguap dengan hanya melihat gambar orang lain menguap manakala ada juga yang tidak menguap meskipun video aktiviti manusia menguap dipasang di hadapan mereka.




Berjangkit



Maksudnya di sini, menguap boleh berlaku kerana peniruan apabila melihat orang lain menguap atas faktor emosi dan kedekatan tanpa kita disedari. Atas alasan dan teori inilah, menguap itu dikatakan berjangkit.



Terdapat satu kepercayaan di Greek yang menyatakan manusia perlu menutup mulut apabila menguap bagi mengelakkan roh terlepas daripada mulut. Itulah kepercayaan mereka di atas perbuatan menguap itu.



Akan tetapi bagi masyarakat kita khususnya beragama Islam, kita dididik agar menutup mulut ketika menguap dan sunat mengucapkan ‘astaghfirullah’ selepas menguap kerana banyak hadis yang menyentuh mengenai perbuatan menguap dan adabnya membawa kepada satu makna. Islam tidak suka seseorang menguap tanpa menutup mulut, apatah lagi ketika solat.



Rasulullah sendiri pernah bersabda yang apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).



Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila kamu menguap, hendaklah menahan sekadar termampu kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap, syaitan akan mentertawakannya.



Ada yang menganggap menguap adalah perbuatan normal, namun ada juga negara yang merasakan menguap itu satu perbuatan antisosial sehingga kita menutup mulut.



Normal atau tidak, kita mempunyai adab menguap yang perlu diikuti. Ia bukan saja mengelak daripada sebaran rantaian menguap ini kepada orang lain, malah kita juga mengikut hadis dan sunah serta berusaha melawan tipu daya syaitan.



Jadi kepada kawan-kawan semua, patuhilah adab dalam Islam ketika anda menguap. Rantaian menguap bukan menyeronokkan, ia adalah satu tanda antisosial dan kita juga tentu tidak mahu ditertawakan oleh syaitan.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team