PENGARAH STRATEGI KELUAR KENYATAAN SUMBANG LAGI BERHUBUNG GST!

8 Jan 20140 comments

Sumbang mahram


-LAPORAN AKHBAR HARI INI- 
PETALING JAYA - Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menjelang 2015 dipercayai bermotifkan 'serampang dua mata', dengan memberikan pulangan dua kali ganda dan menguntungkan kerajaan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengambil contoh penjualan perisian MyGST yang sedang dibangunkan kerajaan kepada para peniaga, yang pada pemerhatiannya membolehkan kerajaan mengambil untung ke atas peniaga dan rakyat, sekali gus.
"Dengan mengenakan GST kepada rakyat dan peniaga, kerajaan boleh mengaut keuntungan dua kali ganda.
"Kerajaan mensasarkan penjualan perisian MyGST kepada 300,000 peniaga dan mungkin ia akan diwajibkan pada akan datang," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.



MHS sifatkan Kenyataan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli adalah antara kenyataan paling BODOH pernah disuarakannya selepas menyatakan Kerajaan bakal meraih pulangan dua kali ganda apabila GST dilaksanakan. 


Ini baru betul.  Bagus lah jikalau kantung duit Kerajaan Malaysia ( selalunya pembangkang namakan duit kerajaan adalah duit Rakyat ) tebal! Duit Rakyat akan berisi tebal! Sebelum ini ramai peniaga yang lari dari cukai akibatnya KERAJAAN menanggung kerugian dan  rakyat lagi lah rugi. 

Mengulas mengenai perisian MyGST . Memang menjadi kewajipan Kerajaan untuk mengenakan bayaran kepada peniaga yang menggunakan perisian ini. RAFIZI ingat buat perisian MyGST tu berharga RM2 Sahaja?! Sedangkan membeli perisian untuk kelengkapan HR di syarikat swasta pun sudah menelan belanja jutaan ringgit, apatah lagi perisian MyGST! 






Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team