PUKUL ANAK TAK SOLAT, APA KAEDAHNYA DALAM ISLAM?

15 Jan 20140 comments



1. Mengikut nasihat Isteri Ustaz Kazim, jangan kita pukul anak kita yang berumur kurang dari 10 tahun, kerana ia akan menyebabkan hatinya kering. Budak/ kanak-kanak yang berumur kurang dari 10 tahun perlu diberi kasih sayang dan menegur mereka dengan cara yang paling berhemah agar apabila tindakan merotan mereka pada umur 10 tahun ke atas diterima mereka dengan baik oleh mereka. 

2. Rotan yang digunakan juga perlu tidak terlalu basah (kerana rotan basah akan menyakitkan kanak-kanak) dan tidak terlalu kering (kerana rotan kering adalah ringan dan tidak menyakitkan ) . Sedang-sedang sahaja. 

3. Konsep Islam bukan hanya hukuman semata-mata. Tetapi ia berbentuk pengajaran dan tarbiah. 



BERITA: 

Pukul anak tak solat: Nasib pasangan Malaysia ditahan di Sweden ditentukan esok



Kuala Lumpur: Nasib sepasang suami isteri rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden sejak pertengahan Disember lalu, kerana memukul seorang anak mereka yang enggan bersolat akan ditentukan esok.

Selepas genap sebulan ditahan, pihak mahkamah akan menentukan sama ada tempoh tahanan reman akan dilanjutkan atau meneruskan dengan pendakwaan sekiranya polis sudah melengkapkan siasatan dan mempunyai bukti kukuh pada hari berkenaan. 


Bagaimanapun, pasangan itu juga berpeluang untuk dibebaskan sekiranya pihak polis tidak mempunyai cukup bukti untuk mendakwa mereka. 


Ambil cuti tanpa gaji

Difahamkan, lelaki terbabit adalah seorang kakitangan di pejabat Tourism Malaysia di Stockholm manakala isterinya adalah seorang guru di negara ini namun mengambil cuti tanpa gaji bagi menemani suami bertugas di negara itu sejak tiga tahun lalu.

Pasangan berkenaan turut membawa empat anak mereka berusia antara tujuh hingga 14 tahun ke negara itu.

Kedua-duanya yang berusia awal 40an kini direman di pusat tahanan reman di Stockholm selepas ditahan sepasukan polis di kediaman mereka di daerah itu pada 14 Disember. 


Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team