GURU TERLEBIH / MELAMPAU SUDAH?

5 Jan 20141comments

Guru Terlebih? Patut lah Tony Phua beria-ia untuk mengurangkan penjawat awam berbangsa  _______? kerana guru sudah terlebih di sekolah-sekolah. Maka, berhati-hati lah guru - guru semasa memilih kepimpinan kelak. Meghonyeh ...menghonyeh juga....selamat mengajar! 
Cikgu Ceria, anak murid suka, cemerlang semua! -GAMBAR HIASAN- 



AKHBAR DI SIN CHEW DAILY KENYATAAN TONY PHUA 2011 & TERJEMAHAN 



CREDIT GOES TO MYMASSA


BERITA TERKINI  2014


Jertih: Tiga negeri di Semenanjung dikenal pasti mempunyai lebih guru yang menyebabkan permohonan pertukaran ramai pendidik dari luar ke negeri terbabit terpaksa dibekukan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata Kelantan mencatat jumlah lebihan guru paling ramai, iaitu 30,000, diikuti Terengganu dan Kedah, masing-masing mempunyai lebihan 10,000 guru. 


Katanya, ramai guru berasal dari tiga negeri terbabit bertugas di luar terutama di Sabah dan Sarawak, memohon bertukar ke negeri kelahiran mereka, tetapi terpaksa ditangguhkan atas alasan itu. 

“Antara masalah lain ialah mereka yang memohon tidak memenuhi kekosongan opsyen (aliran) yang diperlukan. 

Ramai pemohon daripada aliran Bahasa Melayu, sedangkan keperluan ialah guru Bahasa Inggeris atau pemohonnya guru Sejarah tetapi keperluan adalah untuk mengajar Sains,” katanya.

Masyuarat khas

Sehubungan itu, Idris berkata, mesyuarat peringkat kementerian akan diadakan pertengahan bulan ini bagi membantu guru yang mempunyai alasan kukuh untuk bertukar seperti ibu atau ayah sakit, hendak bersama isteri atau suami yang sudah lama tinggal berjauhan selain masalah keselamatan atau sakit. 
“Kementerian bersimpati dengan masalah yang disuarakan guru terbabit, terutama masalah keluarga seperti suami isteri yang berjauhan dan kesihatan ibu bapa,” katanya selepas menyampaikan bantuan pendidikan antara RM500 hingga RM1,000 kepada pelajar miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di sini, semalam.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, Kementerian Pendidikan akan menyiasat dan menyemak harga makanan dan minuman di kantin sekolah seluruh negara bagi memastikan tiada kenaikan melampau yang boleh membebankan ibu bapa serta pelajar.

“Setakat ini, kementerian tidak menerima sebarang aduan daripada pentadbir sekolah atau ibu bapa mengenainya.

Pengusaha kantin sekolah tidak sepatutnya menaikkan harga makanan dan minuman atas alasan kenaikan harga barangan seperti gula sehingga membebankan pelajar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta semua ADUN dan Ahli Parlimen melaporkan kepada kementerian jika ada pelajar yang bermasalah dan tidak dapat bersekolah kerana dibelenggu kemiskinan. - BH
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
8 January 2014 at 02:27

Sebenarnya guru yg 'berlebihan' tu guru yg tak cekap. Kalau guru YANG CEKAP, memang tak pernah cukup. Ahli politik yg tak cekap pun ramai, dan orang yg sembang kosong macam Tony Pua ni memang patut dicampak ke laut.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team