REMAJA JUAL BAYI MENERUSI FB!

21 Jan 20140 comments

Santiago: Seorang remaja Chile cuba menjual anak dalam kandungannya di Facebook dengan hanya £68 (RM371) kata polis semalam.
Remaja terbabit dikenali sebagai Veronica Carrera Chaparro, 18 ditangkap bersama ibu dan kakaknya yang disyaki bersekongkol untuk menjual bayi berkenaan.
Ketua Polis Santiago, Miguel Ampuero berkata, Veronica menyedari dia hamil pada Februari tahun lalu.
“Ketika itu kandungan Veronica berusia dua bulan,” katanya. Keadaan itu dimaklumkan kepada teman lelaki Veronica yang berusia 17 tahun dan berjanji untuk merahsiakan kehamilan berkenaan. Namun, kata Ampuero, Veronica mendedahkan keadaan itu kepada keluarganya. 
Mendengar berita itu ibu Veronica, Angela, 42, dan kakaknya Daniela Perez, 24, memberi tiga pilihan kepada remaja terbabit - sama ada ada menjual anaknya apabila lahir, menggugurkan kandungan atau memberikan bayi berkenaan kepada keluarga angkat.
 “Selepas Veronica mengiklankan anaknya yang bakal lahir itu di Facebook, ia mendapat reaksi serta-merta daripada sepasang suami isteri dari bandar Concepcion tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat,” katanya. Sebuah keluarga dari Puente Alto di Santiago juga menghubungi Veronica dan menawarkan bayaran bernilai RM3,770 untuk urusan pendaftaran bayi berkenaan nanti. Veronica kemudian bersalin pada 4 November lalu dan menyerahkan bayinya sehari kemudian tetapi pasangan terbabit didakwa tidak mengotakan janji apabila hanya membayar wang dalam jumlah lebih rendah daripada sepatutnya
Kejadian itu kemudian diketahui polis mendorong pihak berkuasa menahan Veronica, ibu serta kakaknya atas dakwaan menjual bayi. Pasangan yang membeli anak Veronica itu juga ditangkap. Mereka dibicarakan di mahkamah semalam. - AFP
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team