WAKE UP CALL KEPADA JAIS DAN MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA.MASANYA SUDAH TIBA!

8 Jan 20141comments


MHS, 9/1/2014 - Meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan umat Islam di Malaysia menerima tamparan hebat apabila Kerajaan Negeri Selangor pimpinan ISLAM ala PKR- DAP menggesa agar BIBLE yang mengandungi Kalimah Allah tulisan berbahasa Melayu itu dipulangkan semula kepada Persatuan Bible Malaysia seperti dilaporkan di media semalam, JAIS dan umat Islam perlu bersabar dan merangka strategi baru agar ISLAM dan umatnya terus terpelihara akidahnya. 


JAIS , jabatan-jabatan Agama Islam yang lain termasuk NGO-NGO Islam dan rakyat Malaysia beragama Islam digesa untuk memperhebatkan lagi GERAKAN DAKWAH agar menandingi GERAKAN Kristianisasi dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Firman Allah yang bermaksud: "Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh membuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan". (Ali- Imran:104)"

Pihak Kristian kata,  JAIS tidak ada bukti bahawa Bible itu untuk tujuan penyebaran agama mereka terhadap orang-orang Islam dan JAIS tidak boleh melaksanakan tindakan. 

Seruan kepada Jais, Jab Agama Islam & NGO Islam yang lain: Perketatkan pemantauan agar tidak ada sehelai naskhah pun bible palsu dan rekaan musuh Islam ini sampai ke tangan umat Islam! Umat Islam yang lain perlu bersama-sama melaporkan dan ambil gambar jika terdapat gerakan-gerakan Kristianisasi berlaku di depan mata kita terhadap orang-orang Islam. 

Pihak Kristian kata, Bible yang dirampas ada cop kelulusan KDN. 

Macam mana KDN boleh terlepas pandang bahawa ada tulisan ALLAH di dalam Bible berbahasa Melayu itu? Seruan kepada Para Pegawai & Kakitangan Kementerian Dalam Negeri , silalah semak betul-betul sebelum sesuatu kelulusan /COP diberikan. Ini urusan agama kita beb. 

Musuh-musuh negara berani mencabar Perlembagaan dan Undang-undang di Malaysia kerana ada loophole dan lompong-lompong di sana sini. 

Maka ini lah jihad para peguam / cerdik pandai perundangan ISLAM , yang belajar ilmu Agama sehingga ke luar negara, jadilah peguam Islam yang berbakti kepada agama dengan bersama-sama memperbaiki lompong-lompong ini. Jangan asyik bercakap besar dengan menuduh itu dan ini di kampung-kampung bersama kenalan dan saudara. 

Budak - budak zaman sekarang terlalu jauh dengan Islam sebab itu fahaman-fahaman selain Islam mudah menyerap masuk ke dalam benak pemikiran mereka! 

Inilah jihad para ibu bapa dan guru-guru di sekolah untuk kerap berdakwah kepada anak-anak Islam ini supaya tertanam dan terpasak kukuh dalam jiwa mereka budaya Islam yang syumul...Allahuakbar... 




Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
8 January 2014 at 18:35

biadap!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team