TIPS Hebat untuk Ibu Bapa Muslim: Bagaimanakah mengubati Anak Yang Degil?

17 May 20120 comments

Dalam banyak - banyak bahan bacaan yang aku rasa best, adalah bahan bacaan untuk memperbetulkan diri, keluarga, masyarakat , pemimpin dan negara. Setiap satu Islah , adalah Islah yang bersifat membawa kepada Kebenaran. Islah (Transformasi) perlulah dilaksanakan bermula dengan diri kita sendiri.

Bagaimana untuk kita memperbetulkan orang lain sedangkan diri kita masih terpalit dengan dosa dan masalah moral umpamanya? Maka sebelum kita menunaikan solat jumaat pada hari ini, aku ingin berkongsi satu tips MERAWAT anak yang degil......

Tips ni daripad Ustaz Kazim Elias Al - Hafiz 
Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah
DJ Undangan Radio Perak...hehehe

Ustaz Kazim
Soalan 1 : Ustaz, apakah punca anak jadi degil?

Jawapan: Antara punca anak jadi degil adalah disebabkan oleh dosa-dosa lampau yang pernah dilakukan oleh ibu bapa sendiri; Contohny:
1. Tinggalkan solat Fardhu
2. Pernah melawan cakap ibu bapa semasa zaman remaja
3. Ponteng Sekolah/merokok
4. Mencuri..
5. Pernah mengurat dan mengacau anak dara orang
6. Ambil Harta Pejabat buat untuk kegunaan peribadi
7. Menipu urusan jual beli..
8. Banyak lagi dosa - dosa yang kita lakukan...


Soalan 2: Ustaz, apakah yang perlu kita lakukan apabila menyedari kesilapan lampau?

Jawapan: Kembali bertaubat. Buat Solat Sunat Taubat. Perbanyakkan Istighfar. Mohon ampun kepada manusia jika kesalahan dan dosa dilakukan kepada mereka. Memang kita malu, tetapi apakah kita mahu malu yang lebih besar di Hadapan Allah kelak. Serta amalkan solat Tahajjud.. Solat 5 WAKTU jangan tinggal, bersifat jujur dan amanah dalam apa jua perkara....

Soalan 3: Apakah Cara untuk Lembutkan Hati Anak yang Degil?

Jawapan:

1. Beli sekampit beras (Boleh juga guna beras yang telah ada di rumah dan bacakan 70 kali surah Al Fatihah setiap hari , buat 7 Hari berturut-turut

2. Kampit beras yang dibeli tidak perlu dibuka semasa membaca surah Al Fatihah. Pastikan beras tidak digunakan sepanjang 7 hari tersebut

3. Selepas tujuh hari, beras ini boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga . Sekiranya beras semakin berkurangan , maka boleh diulang perkara ini secara berterusan

4.Gunting sehelai rambut anak yang degil, buat solat sunat hajat dan Berdoa minta Allah lembutkan hati anak yang degil. Selepas itu , genggam rambut anak itu dan baca 'Ya Rahim' sebanyak 1000 kali. Ulang selama 7 hari berturut-turut.

5. Semasa anak tidur, bacakan di ubun-ubun doa ini...

"Allahu latif bi ibadihi, yarzuqu mai yasha', wa hua qawiyul a'ziz"

Maksud: Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya, Dia lah pemberi rezeki kepada sesiapa dikehendakiNya dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (19 KALI SETIAP MALAM)

6. Ada juga MyHomeSoil dapat daripada ustaz yang kita perlu membaca surah Al Kautsar ketika anak kita sedang tidur dan tiup pada ubun-ubunnya dan kita berdoa agar dilimpahi kebaikan dan rahmat kepada anak kita tersebut.. .  insya Allah anak kita pun akan bijak.aminnnn...





Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team