Terdahulu: 2 Syarat Nik Aziz untuk Muzakarah
DATUK NIK AZIZ NIK MAT/MURSYIDUL AM PAS
"Kalau UMNO nak bersatu, tukar dasar kebangsaan dia. Yang keduanya, UMNO kena terima PAS sekali dengan Pakatan kerana kami dah ada Pakatan."
Datuk Nik Aziz yang berkata demikian di Kuala Terengganu, Rabu lalu menyatakan PAS bersetuju bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk UMNO.
"Kalau UMNO nak bersatu, tukar dasar kebangsaan dia. Yang keduanya, UMNO kena terima PAS sekali dengan Pakatan kerana kami dah ada Pakatan."
Datuk Nik Aziz yang berkata demikian di Kuala Terengganu, Rabu lalu menyatakan PAS bersetuju bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk UMNO.
Paling tak logik adalah Nik Aziz Nik MART mahukan UMNO menerima Pakatan Rakyat yang ada di dalamnya DAP dan PKR , antara kata-kata lain yang Nik Aziz cuba cakap adalah UMNO masuk dalam Pakatan Rakyat!
Syarat ini adalah syarat tak logik! Maka ada benar kata-kata pemimpin UMNO yang menyatakan sebelum ini bahawa kesudian Nik Aziz Nik Mart untuk bermuzakarah perlu diteliti!
Nik Aziz Nik Mart sengaja meletakkan syarat berkenaan yang sememangnya tidak logik untuk UMNO bersekongkol dengan DAP dan PKR. Pertama UMNO bukan parti serpihan, kedua UMNO adalah parti terbesar di dalam kerajaan dan UMNO itu sendiri Kerajaan. Apa ada pada DAP dan PKR untuk melayakkan UMNO bersama-sama mereka??
Video Kenyataan:
Kenyataan Nik Aziz mengundang keyataan lain dari lain-lain kepimpinan: Dipetik daripada Berita Harian:
UMNO, PAS kena bincang segera demi negara
MUHYIDDIN beramah mesra dengan pasangan pengantin, Mohd Nazri Husain dan Nusaibah sambil diperhatikan bapa pengantin perempuan, Nasharuddin (kiri) pada majlis perkahwinan anaknya di Rumah Kelab Bandar Bukit Mahkota, Bangi, semalam.
Katanya, kedua-dua parti itu juga perlu mengetepikan kepentingan politik masing-masing, sebaliknya duduk semeja bagi menghuraikan perkara yang menjadi polemik demi kepentingan negara dan agama.
(Muzakarah) ini sudah banyak kali tertangguh, saya harap kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) membuka ruang untuk muzakarah mengambil tempat walaupun syarat dikemukakan Tok Guru payah untuk diterima UMNO. - Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS
“PAS dan UMNO sebagai parti Melayu dan Islam perlu mengurangkan politiking dan mengadakan muzakarah, bukan saja untuk orang Melayu dan agama Islam, tetapi untuk negara secara keseluruhannya.“(Muzakarah) ini sudah banyak kali tertangguh, saya harap kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) membuka ruang untuk muzakarah mengambil tempat walaupun syarat dikemukakan Tok Guru payah untuk diterima UMNO,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan anak sulungnya di Bandar Bukit Mahkota di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.
Nasharuddin yakin sekiranya pemimpin utama kedua-dua parti ini bersemuka bagi merungkaikan segala permasalahan mereka, ia akan dapat memperkukuhkan perpaduan serta kekuatan Islam di negara ini.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...