AKHBAR SINGAPURA BUAT MASALAH LAGI, TAK BERTANGGUNGJAWAB
"Laporan akhbar Singapura tak tepat".
JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa laporan yang disiarkan oleh akhbar Singapura mengenai insiden empat ekspatriat negara itu yang didakwa dibelasah di Pulau Rawa di perairan Mersing Sabtu lepas adalah tidak benar.
Menurut baginda, ekspatriat terbabit yang mabuk sebenarnya telah menceroboh bot peribadi baginda dan menyerang kru bot berkenaan.
“Saya marah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka (ekspatriat) yang dalam keadaan mabuk mengganggu tetamu lain pada pukul tiga empat pagi dan turut menceroboh bot peribadi saya serta menyerang kru saya,” titah baginda kepada wartawan di Istana Pasir Pelangi di sini semalam.
Titah Sultan Johor, ketika kejadian, baginda dan keluarga sedang mengadakan ekspedisi menyelam selama tiga hari di pulau peranginan terbabit.
MyHomeSoil melihat media Singapura suka melaga-lagakan rakyat kedua-dua negara. Masa BERSIH 3.0 haritu, media mereka seperti menggila dan suka dengan apa yang terjadi di Kuala Lumpur. Melayu dan Melayu bergaduh, ekonomi dan kestabilan Malaysia diharap terjejas.
GOVERNMENT CHANGE AND THE CIVIL SERVANT
6 years ago
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...