Propaganda Pihak Pembangkang untuk menawan Negeri Sembilan pada Negeri-negeri bahagian Utara hanyalah untuk menaikkan semangat dan iltizam jentera parti mereka terutamanya PAS dan Keadilan yang bertapak di situ terutamanya di Kedah. Dengan kebangkitan kekuatan jentera Barisan Nasional terutamanya UMNO di Negeri Kedah , pembangkang meniupkan semangat mereka dengan mengatakan Negeri Sembilan bakal ditawan Pembangkang.
Hakikatnya :
Barisan yang semakin ampuh |
Kita perlu melihat kekuatan DAP di Negeri Sembilan. Kekuatan dan andaian kekuatan DAP di Negeri Sembilan hanyalah bergantung kepada paksi ramainya masyarakat Cina di Negeri Sembilan. Hampir 10-12 DUN daripada 36 DUN mempunyai pengaruh Masyarakat Cina ke atas kemenangan sesuatu kawasan sama ada memihak kepada Barisan Nasional ataupun Pembangkang , namun perlu diingat....
1. Kekuatan DAP hanya bergantung kepada kekuatan Anthony Loke yang femes di kalangan masyarakat Cina , namun YB-YB DAP yang lain GAGAL! Ini dapat dilihat ada ura-ura Anthony Loke nak pindah ke kawasan BN untuk rampas kawasan itu daripada BN!
2. YB-YB DAP gagal di DUN - DUN dimenangi mereka seperti di Nilai , Mambau, Senawang , Chuah , dan Repah . Ini belum dikira YB-YB bidan terjun Parti Keadilan di Negeri Sembilan! Hampir tiada langsung aktiviti di kawasan-kawasan ini dan jika dilihat dari gerak kerja Gerakan- MCA -MIC DAN UMNO di kawasan-kawasan ini, calon Barisan Nasional lebih dikenali rakyat di kawasan ini dan disukai. Nilai, Chuah , Repah dan Senawang kalau dilihat dengan mata kasar, boleh dengan mudah diambil kembali MCA dan Gerakan daripada DAP.
Pembangkang yang semakin tersepit |
3. Kegagalan YB-YB DAP untuk berkomunikasi dengan baik dengan penduduk Bukan Cina menyerlahkan semangat perkauman YB-YB ini kepada satu kaum sahaja. Mereka bukan sahaja gagal dalam berbahasa Melayu dengan baik malah dek kerana tidak pandai berbahasa Melayu mereka hanya menumpukan Kaum Cina sahaja. Untuk menjadi pemimpin yang berwibawa, pemimpin berkenaan perlulah versatile dan mudah didekati masyarakat pelbagai lapisan. Perkara sangat berbeza ddengan pemimpin-pemimpin pelapis MCA yang lebih versatile dan mudah didekati!
Maka , tidak mustahil DAP-DAP ini akan menukar calon-calon mereka pada PRU 13.
Tindakan DAP , terutamanya Teo Kok Seong di dalam ceramah-ceramah Pembangkang di hadapan penyokong Melayu PR yang menyebut MB Negeri Sembilan akan dilantik dalam kalangan Melayu tanpa menyebut daripada Parti mana menimbulkan tanda-tanya masyarakat Melayu setempat bahawa DAP akan melantik pemimpin boneka Melayu dari Parti DAP sendiri dan bukan dari kalangan pemimpin Melayu PAS dan PKR!
Bagi MyHomeSoil, MCA dan Gerakan perlu steady dalam proses mengambil hati kaum mereka kepada Barisan Nasional. UMNO dan MIC berdiri teguh di belakang mereka. Calon mereka juga perlu dilihat lebih relevan dan disukai ramai (Lemak BERkrim) Kurangkan cantas mencantas di bahagian masing-masing baik UMNO-MCA-GERAKAN -MIC -PPP dan ini merupakan ramuan terbaik mengembalikan 2/3 kemenangan BN di Negeri Sembilan!
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...