AMARAN PIHAK POLIS. PERUSUH ADA 7 HARI LAGI UNTUK CARI CINTA....

9 May 20120 comments

PDRM membuat kenyataan bahawa perusuh BERSIH 3.0 hanya ada baki seminggu sahaja lagi untuk menyerah diri ke Balai Polis berhampiran sebelum tangkapan akan dilakukan dari rumah ke rumah.





DIBURU....
Untuk rekod , hanya 12 orang individu yang telah ditahan pihak polis dan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis.


Menurut sumber, mereka seperti ketakutan untuk berhadapan realiti , mereka akan ditangkap oleh pihak Polis. Walaubagaimanapun, ia akan menjadi lebih teruk jika pihak polis membuat tangkapan dari rumah ke rumah seterusnya akan dilihat jiran dan saudara mara sebagai pesalah rogol, pesalah perompak dan sebagainya. 




Sumber papagomo menulis: 

http://www.papagomo.com/2012/05/pendemo-bershit-30-elok-serah-diri.html

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memutuskan memberi masa seminggu bagi kesemua 129 peserta BERSIH 3.0 yang dikenalpasti mencetuskan rusuhan untuk menyerah diri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, tindakan penangkapan bakal diambil jika senarai peserta tersebut enggan bekerjasama dengan pihak polis dalam tempoh yang diberikan.

Beliau menegaskan, peserta yang terlibat sewajarnya memberi kerjasama dengan pihak polis bagi memastikan proses siasatan berjalan dengan lebih lancar.

Sehingga hari ini, hanya 12 individu yang ditahan dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Ini amaran terakhir saya. Jika dalam tempoh seminggu tidak serah diri, kita akan melakukan tangkapan di rumah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.

Beliau juga menjelaskan, pihak polis tidak membenarkan peserta yang terlibat hadir bersama peguam masing-masing dalam tempoh tersebut.

Sebelum ini, PDRM telah mempamerkan beberapa suspeks yang dikenalpasti telah mencetuskan kekecohan dan rusuhan pada Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu menerusi rakaman video, gambar dan kamera litar tertutup.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team