MyHomeSoil setuju dengan komen pembaca Bingai@Bengang ni! Perbelanjaan oleh Sultan Johor adalah perbelanjaan dalam Negara. Jabatan Kerajaan yang dapat, dapat juga dipulangkan kepada rakyat melalui HASIL KERAJAAN.
Point Ke 2, akan menarik ramai pembida-pembida kaya dalam membida plat number ni, sekali lagi sebagai HASIL KERAJAAN dan AKHIRNYA DAPAT DISALUR KEPADA RAKYAT.
Pemikiran dangkal pemimpin Pembangkang tidak sampai ke situ. Mereka tak nampak apa yang dibelanjakan ANWAR di luar negara. Anwar yang sebanyak 80 kali pergi keluar negara bagi tujuan melobi aktiviti politiknya telah dipersoalkan di dalam blog ini : http://news.ours.my/index.php/blog-politik/blog-pro-bn/17408-jinggay-13-desak-sprm-siasat-harta-anwar-dan-azmin Sejak Februari 2012 yang lalu. Sekarang ?? lagi banyak pi luar negara....
Itu belum cerita Anwar menghantar kesemua anak-anak beliau ke Luar Negara seperti yang didedahkan blog AIDC .. ... ... ... !!!!!!! http://www.anwaraidc.com/?p=23608
Ramai pihak berpendapat kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diganti dengan pendidikan percuma sekadar janji kosong untuk menarik undi golongan muda menyokong Pakatan Rakyat.
Apatah lagi seperti dilaporkan Antarapos, Anwar sendiri tidak mahu melaksanakan dasar pendidikan percuma di kolej universiti dan universiti di bawah kerajaan negeri Selangor khususnya di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan UNISEL (Universiti Selangor).
Ketika Anwar mencanang mahu mansuhkan kemudahan pinjaman PTPTN untuk generasi muda yang menuntut di dalam negara, ramai yang terlupa bahawa kebanyakan anak-anak Anwar dihantar ke luar negara.
Anak-anak Anwar bukan belajar di UNISEL atau KUIS sebaliknya dihantar ke negara maju, Amerika Syarikat (AS).
Negara maju seperti AS sendiri tidak memperkenalkan polisi pendidikan percuma.
Nurul Izzah adalah lulusan dari SAIS (School of Advanced International Studies) Universiti Johns Hopkins, AS pada tahun 2007.
Laman discoverthenetworks.org mendedahkan pada tahun 2003, IIIT (International Institute of Islamic Thought), badan pemikir yang diasaskan Anwar yang berpangkalan di AS telah menyalurkan wang sebanyak $ 92,200 kepada Nurul Izzah.
Pendedahan sama turut dilaporkan laman frontpagemag.com yang menyebut sumbangan $ 92,200 kepada Nurul Izzah itu adalah hasil penipuan cukai (tax fraud) yang dilakukan oleh IIIT.
Satu lagi dokumen dilampirkan di bawah membuktikan Anwar terpaksa membayar pendidikan anaknya, Nurul Ilham ketika menuntut di Universiti Georgetown, AS.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...