ANALISIS MINGGUAN: BISIK AWANG SELAMAT

12 May 20120 comments

BISIK-BISIK MINGGUAN Awang Selamat

Dalam banyak-banyak ulasan Awang Selamat di dalam Utusan Malaysia pada hari ini, MyHomeSoil tertarik dengan satu rumusan yang bertajuk "Kalau Dah Rasis"....

Petikan daripada rumusan tersebut: 

ADA sahaja provokasi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng , yang menyerlahkan lagi pembawaannya sebagai ekstremis KAUM.

Terbaharu Guan Eng dilaporkan berkata di Dewan Undangan Negeri ,"Sekiranya UMNO kembali memerintah , saya rasa semua kuil HINDU terancam."

Awang sangat setuju dengan tindakan ke semua 10 ADUN BN yang bertindak keluar sebagai bantahan kepada kenyataan tersebut.

Guan Eng enggan menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf walaupun diminta berbuat demikian.Pada Awang, ia sekali lagi mengesahkan beliau berniat jahat. Beliau seolah-olah mahu mencetuskan permusuhan di antara kaum-kaum tertentu. (MELAYU -INDIA bergaduh, CINA DAP berjaya ambil kuasa). 

Tidak sukar untuk menelah perbuatan Guan Eng yang kian biadap dan suka melakukan provokasi. Pertama, itu merupakan pembawaan beliau yang rasis dan tiada kelas. Kedua, Guan Eng kian terdesak dengan sokongan rakyat yang lebih memihak kepada BN. Ketiga, beliau masih dalam keadaan menanggung malu terutama selepas tewas dalam perdebatan dengan Presiden MCA , Chua Soi Lek.

Awang percaya Masyarakat India tidak mudah termakan hasutan Guan Eng. Sudah menjadi fakta bahawa di zaman pemerintahan BN, begitu banyak rumah ibadah terutamanya kuil wujud. Ramai diplomat dan pelancong asing turut akui hakikat itu. Malah di beberapa kawasan majoriti penduduk penganut agama Islam , kuil lebih banyak daripada masjid dan surau.

Apakah DAP akan mengambil sikap mengambil keterbukaan seperti itu jika memerintah, yang jawapannya , tentu tidak. Apakah agaknya nasib dan masa depan masjid dan surau jika DAP berkuasa memerintah negara? 



Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team