NAJIB UMUMKAN PEMBAHARUAN LESEN HANYA RM 50 BAGI TEMPOH 5 TAHUN!

27 May 20120 comments

Berani Mendepani Cabaran 
BERITA 1: LESEN HANYA RM 50 BERBANDING RM 150-300 BAGI PENIAGA KECIL!

Kuala Lumpur. 27 Mei 2012 - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita gembira kepada golongan peniaga dan penjaja kecil apabila menetapkan yuran pendaftaran kali pertama serta pembaharuan lesen cuma RM 50 bagi tempoh 5 tahun. 

Jelasnya bayaran kompaun bagi kelewatan pendaftaran dan pembaharuan lesen juga dikurangkan kepada 50%. dan ia akan dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan bermula 1 Jun hingga akhir tahun ini. 

Jelasnya, kadar RM 50 bagi tempoh 5 tahun merupakan kadar yang sangat berpatutan berbanding bayaran sedia ada ada antara RM 150- RM 300! 

TAHNIAH PENIAGA KECIL! 


BERITA 2: Kerajaan Pusat Peruntuk RM 50 juta Setahun


Alor Setar 27 Mei- Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan sebanyak RM 50 juta setahun kepada golongan Imam , guru Kelas Al Quran , dan Fardhu Ain (KAFA), guru takmir dan Pegawai Penyelia Masjid Daerah (PPMD) bagi memartabatkan syiar Islam di Kedah. 




TAHNIAH PEGAWAI AGAMA!


BERITA 3: BUKTI DAP RASIS!


Kuala Lumpur 27 Mei 2012 - DAP digesa supaya tidak terus memberi harapan palsu kepada masyarakat Cina khususnya yang menjanjikan Perdana Menteri bakal dilantik daripada kalangan orang Bukan Melayu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr.Chua Soi Lek berkata permainan politik DAP itu sebenarnya tidak bertanggungjawab kepada masyarakat Cina dan juga membuktikan mereka sebuah parti yang rasis.

"Sebelum itu, saya mahu DAP jawab , jika Pembangkang menang adakah orang Cina akan dilantik menjadi Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Pertahanan?  Ini jelas polemik yang ditimbulkan oleh parti rasis ini yang hanya untuk meraih undi masyarakat Cina walaupun sedar perkara ini tidak mampu dicapai!" 




BERITA 4 : PAP KALAH PILIHAN RAYA KECIL! 


Singapura, 27 Mei - Kemenangan besar calon parti pembangkang dalam pilihanraya kecil Singapura semalam menunjukkan bahawa parti pemerintah masih belum berjaya meraih sokongan padu rakyat selepas Pilihan Raya Umum tahun lalu yang menyaksikan mereka memperolehi keputusan terburuk dalam sejarah.

Dalam Pilihan raya itu semalam, calon Parti Pekerja (WP) , Png Eng Huat 50, memenangi 62% undi Daerah Hougang, sementara calon parti pemerintah PAP , Desmond Choo hanya memperolehi 38% undi. 










Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team