AMANAT BEKAS SEORANG MENTERI BESAR

6 May 20123comments

TELUK KEMANG, 7 MeiTan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengingatkan ahli UMNO agar tidak mengulangi kesilapan yang sama sepertimana yang berlaku pada pilihanraya tahun 2008 sekiranya mahu melihat UMNO terus berada di barisan hadapan menjadi tunjang kepada pentadbiran negara.
SLOGAN PEMIMPIN : BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH!

Justeru katanya  ahli-ahli UMNO perlu sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab terutamanya para pemimpin UMNO baik di peringkat manapun bahawa mereka mempunya peranan untuk memastikan UMNO terus kuat dan berkuasa.


“Pilihanraya  tahun 2008 merupakan sejarah hitam buat UMNO. Terjadinya sejarah hitam itu lantaran kesilapan yang dilakukan oleh kita sendiri. Maka dengan itu, semua pemimpin dan ahli UMNO perlu mengambil iktibar dari kesilapan yang berlaku di tahun tersebut. Jika diulang balik, baik pemimpin besar mahupun pemimpin akar umbi, maka kita akan hadapi masalah seperti mana yang berlaku pada pilihanraya tahun tersebut.


KATANYA LAGI :

1. "UMNO sesekali perlu memperlihatkan kekuatan agar tidak dipandang lekeh oleh puak-puak pembangkang. Cuma selama ini, UMNO tidak bersikap begitu kerana budaya yang dibawa oleh para pejuang UMNO terdahulu lebih kepada bersifat merendah diri dalam menunjukan kekuatan yang ada".

2. “UMNO juga ada kekuatan dan saya yakin, jika kita mahu menunjukkan kekuatan InsyaAllah, kita boleh himpunkan ratusan ribu ahli UMNO. Kita bukan mahu bercakap besar  tetapi itulah realitinya.  Cuma datuk nenek dan pejuang-pejuang kita tidak ajar cara yang sombong dan bongkak seperti itu.


3.“Pejuang-pejuang di dalam UMNO bermula di zaman Datuk Onn sehingga ke zaman Datuk Seri Najib, tidak pernah mengajar kita untuk bersikap berlagak atau kurang ajar seperti mana yang diperlihatkan oleh penyokong pembangkang ketika perhimpunan Bersih tempoh hari. Jika kita ambil tindakan yang sama untuk menentang mereka, maka sudah tentu negara akan jadi huru hara,” tegasnya.
Jelas beliau, rakyat Malaysia, terutamanya ahli UMNO perlu bersyukur mempunyai Perdana Menteri yang sabar dan berusaha mengambil pendekatan dalam menangani masalah tersebut dengan cara yang begitu berhemah dan tidak menimbulkan kepayahan dan kesusahan kepada rakyat di negara ini. - MediaUMNO



Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
6 May 2012 at 21:09

Blog anda telah lama dipautkan

6 May 2012 at 21:18

t.kasih...

6 May 2012 at 23:52

Salam. Blog menarik. Blog tuan telah dipautkan.tq

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team