PERSOALAN WAJIB BACA : ASABIYAH HALAL ATAU HARAM?

16 May 20124comments


PERSOALAN WAJIB BACA : ASABIYAH HALAL  ATAU HARAM? 

 Penjelasan ini agak panjang, tetapi merungkai banyak persoalan mengenai Asabiyah, Nasioanalisme dan Perjuangan Islam.......

Dari Dr Syeikh Muhammad ‘Uthman El Muhammady, Fellow Amat Utama Akademik Istac (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam)

Utman El Muhammady
Persoalan: Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan asabiyah? Benarkah semangat Kebangsaan itu asabiyah yang dilarang?


Jawapan: Untuk melihat permasalahan ini, elok diberi perhatian kepada beberapa perkara:


Pertama: Hadis tentang Asabiyah ,”Wahai Rasulullah , apa itu asabiyah? ”Jawab baginda: “(Asabiyah yang dilarang itu) adalah engkau menolong kaum engkau dalam melakukan kezaliman (kepada orang lain atau kepada kaum lain).”
Dalam Syarah Sunan Abi Daud dinyatakan bahawa hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud, Nasa’I dan Ibn Majah. Pengarang menyatakan tentang ‘menolong kaum engkau melakukan kezaliman ertinya taksub dengan kaumnya walhal mereka itu zalim , maka jadilah ia membantu mereka (dalam kezaliman). Termasuk juga orang yang membantu kaumnya atas perkara yang bukan hak.

Kedua: Abu Dawud meriwayatkan hadis daripada Jubair Bin Mut’aim , Rasulullah bersabda: “Tidak termasuk dalam kalangan kami,yakni perjalanan agama kami atau sahabat yang mengikut perjalanan agama kami , orang yang menyeru kepada asabiyah’ yakni kepada berhimpun dalam asabiyah dalam menolong orang yang melakukan perbuatan zalim dan seterusnya ”

Myhomesoil Persoalan : Apa itu Zalim?

Jawapan: Zalim dapat diertikan dengan meletakkan sesuatu perkara bukan pada tempatnya. Antonim bagi  sifat Zalim adalah sifat Adil iaitu letakkan sesuatu perkara pada tempatnya. Tidaklah dinamakan adil jika seseorang ada 2 anak , seorang lelaki dan seorang perempuan diberi jenis pakaian yang sama dari segenap segi tanpa mengambil kira jantina (sama rata , sama rasa). Itu zalim namanya.

Persoalan : Bagaimana dengan kecintaan kepada bangsa?

Jawapan: Riwayat daripada ‘Ubadah Bin Kathir Al Shami, Abu Fasilah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W , “Wahai Rasulullah, adakah termasuk dalam asabiyah (yang tuan larang itu) sifat seorang lelaki yang sayang amat sangat kepada kaumnya?”. Sabda Baginda: “Tidak , tetapi (asabiyah) yang aku larang itu  adalah seseorang itu menolong kaumnya atas kezaliman , atau atas kezaliman mereka , atau secara kezaliman”. Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah.
Berdasarkan hadis ini, kecintaan kepada bangsa adalah asabiyah yang positif dan ia tidak termasuk asabiyah yang dilarang dalam Islam.

PERSOALAN: Apakah penjelasan Asabiyah dalam konteks memperjuangkan hak satu-satu kaum seperti di Malaysia?
Tun Mahathir memimpin Malaysia ke Negara yang dikagumi
Jawapan: Di kalangan orang Melayu, soal identiti antara bangsa dan agama merupakan satu yang tidak dapat dipisahkan dan ini factor kekuatan yang sangat besar nilainya.
Pada Melayu, asas identitinya adalah pada agama Islamnya.(Tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Melayu itu Islam). Dengan itu , kebangsaannya tidak berpisah dengan agamanya. Ini nyata daripada pengarang-pengarang yang menulis dalam memperjuangkan kemerdekaan, yang mereka sebutkan “demi alif , ba , ta” yakni demi Agama , Bangsa dan Tanahair.
Tok Kenali di Kelantan pun menggunakan kata-kata itu ketika menulis dalam majalah Pengasuh yang hingga sekarang masih diterbitkan oleh Majlis Ugama Kelantan.
Sesungguhnya agama adalah roh dan hayat bagi bangsa.

Tambah beliau lagi, kita orang – orang Timur tidak seperti mereka di Barat; Hati kita dipandu oleh kesedaran tentang agama. Hakikatnya , di Asialah Allah menentukan yang kebanyakan Rasul diutuskan dan itu menandakan hanya kesedaran agama yang boleh membangkitkan orang-orang Timur dan memberangsangkannya kea rah kemajuan.

PERSOALAN: Adakah ini bermakna , nasionalisme yang positif(menuju kebaikan) dapat membantu menguatkan Islam?
Jawapan: Ibn Khaldun meletakkan asas kejayaan dengan kenyataan yang dibuatnya iaitu bahawa apabila semangat keagamaan  yang sebenar bergabung dengan asabiyah (yang halal) , itu akan menjadi kekuatan yang tidak boleh dikalahkan.
Dan beliau mendasarkan huraian ini di atas hadis:”Tuhan tidak membangkitkan Nabi melainkan ia berada dalam dukungan kekuatan kaumnya.”. Katanya kalaulah Nabi yang ada Mukjizat itu dibangkitkan Tuhan dalam jagaan kaumnya, maka apa lagi kita orang biasa yang tidak ada mukjizat ini , lebih-lebih lagi memerlukan dukungan kekuatan kaum kita (dalam erti positif sebagaimana yang disebut dalam syarah hadis tadi). Ini disebut dalam kitab Ibn Khaldun (Al Muqaddimah)



MyHomesoil: Perkara untuk difikirkan……
Apakah gerakan untuk membantu bangsa Melayu atau mereka yang beragama Islam yang lemah dari segi ekonomi dan Pendidikan disalah ertikan sebagai Asabiyah sedangkan kaum-kaum lain maju dari segi itu ditambah pula Malaysia ini merupakan Tanah Melayu suatu ketika dahulu? Tambahan lagi setelah kaum-kaum lain bersetuju dengan sos$ial kontrak yang telah termetrai sebelum Kemerdekaan diberi?

Apakah Kerajaan Melayu Islam ketika ini mengamalkan sistem Pemerintahan yang menutup terus periuk nasi kaum-kaum lain sehinggakan mereka tidak boleh Berjaya langsung dalam apa jua bidang yang mereka ceburi?

Tidakkah Kerajaan Melayu Islam ketika ini tidak membantu kaum-kaum lain di dalam bidang pendidikan , keagamaan dan ekonomi?

Tidakkah Malaysia sememangnya stabil dan seimbang dari segi keharmonian sesama kaum sepanjang 54 tahun??

Fikir-fikirkanlah siapa yang meracuni pemikiran kaum lain terhadap Bangsa  Melayu sehingga tergugat Kerajaan yang dilantik dan Negara secara keseluruhannya? Ia selepas PRU 12 kan? Selepas 2008 semua perkara ‘dilihat’ tidak stabil! Siapakah dalangnya. Mahukah anda perkara ini berlanjutan dan membarah lebih teruk selepas PRU 13? Jika tidak mahu, pangkahlah kerajaan yang betul dan bertanggungjawab. Kerajaan itu adalah BARISAN NASIONAL!  UMNO-MCA-MIC-PPP-MAKKAL SAKHTI – DAN LAIN-LAIN PARTI KOMPONEN YANG BERPAKAT!

*Soal – Jawab berkenaan dipetik daripada Majalah Q & A bil 5/2012 yang aku beli bagi merungkai Persoalan Membetulkan Amalan!  Yang ada tags MyHomeSoil tu persoalan yang aku timbulkan agar korang berfikir………..(points to ponder, things to digest bro..…

Share this article :

+ comments + 4 comments

16 May 2012 at 19:36

Tuan blogger, mohon dipautkan blog http://aloqlaloq.blogspot.com ke blog tuan.

blog tuan telah dipautkan.

Anonymous
16 May 2012 at 20:08

Syabas tuan blogger, ini yg saya mahukan..penjelasan mantap dr org bukan politik malahan ulama besar Malaysia.
Ingatlah Melayu PR, kalian sebenarnya sdg membunuh kaum dan ugama kamu sendiri secara halus.
Jgn jadi anjing org2 kafir dan fasik dlm PR YG LANGSUNG TK MEMIKIRKAN MASADEPAN MELAYU DAN ISLAM.
Sesal kemudian dh tkde guna lg...


JEBAT MELAKA

17 May 2012 at 03:02

telah dipautkan , tuan...salam perjuangan!

17 May 2012 at 03:03

Beramal kerana Allah. Buktikan kebenaran , demi Haq dan perjuangan yang syumul !

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team