Kafir Harbi tidak teragak-agak mengambil peluang di atas pihak yang bertelingkah |
Ambiga Sreevanesan tidak asing lagi dengan dunia Islam Tanah Melayu. Bukan tidak asing kerana mempertahankan agama yang menjadi Agama Persekutuan Tanah Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan, tetapi Ambiga tidak asing dengan sikap dan tindak tanduk yang mencabar ISLAM di Malaysia.
Terdahulu, beliau adalah peguam bagi kes Murtad Lina Joy yang pernah menggemparkan Negara. Beliau yang juga merupakan Presiden Kepada Majlis Peguam (Bar Council) telah menerima dan menyokong penuh memorandum 14 tuntutan IFC (Interfaith Commission) yang nyata menghina orang-orang Islam dan agama Islam itu sendiri . 14 Tuntutan tersebut adalah:
1-Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2-Orang bukan Islam yang memeluk islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
3-Kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4-Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang muslim.
5-Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6-Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7- Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10-Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
12- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.
13- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
SATU KONKLUSI MYHOMESOIL:
ADALAH SANGAT TIDAK MUNASABAH SEKIRANYA PENGLIBATAN BELIAU DI DALAM BERSIH 3.0 TIDAK MEMPUNYAI AGENDA KRISTIANSIASI UNTUK MENYEBARKAN FAHAMAN SEKULAR DEMI HAK ASASI MANUSIA SECARA HALUS MENERIMA IDEOLOGI DAN DOKTRIN KRISTIANISASI. GERAKAN MEMARTABATKAN ISLAM , MELAYU DAN RAJA ADALAH DIRASAKAN AMAT BERTEPATAN SEKARANG.
WAHAI MUSLIM....
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh”
(as-SAff: 4)
LAGI ARTIKEL KRISTIANISASI AGENDA BERSIH 3.O DI
+ comments + 1 comments
Ambiga adalah dajjal....
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...