Seremban,10 Mei 2012, Pakatan Pembangkang di Negeri Sembilan resah dengan kemasukan banyak pelaburan asing ke Negeri Sembilan. Apabila pertumbuhan Negeri Sembilan semakin memberansangkan dengan kedatangan banyak kilang-kilang dan sektor pendidikan, keperluan untuk tenaga kerja semakin memuncak.
Pelaburan di Sektor perkilangan di Negeri Sembilan pada penghujung tahun 2011 sahaja adalah dalam lingkungan RM 3 juta - RM 5 juta. Ini tidak termasuk Pelaburan yang telah diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Negeri Sembilan.
Disebabkan itulah, ia bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat tempatan untuk bekerja, tetapi juga memberi peluang kepada masyarakat negeri lain contohnya penduduk di daerah utara Johor seperti di Segamat dan Melaka yang sememangnya bersempadan dengan Negeri Sembilan untuk mencari rezeki di Negeri Sembilan.
Justeru, tidak mustahil bagi mereka mahu menukar alamat mereka dan mengundi di kawasan Seremban atau lain-lain kawasan di Negeri Sembilan , tempat mereka mencari rezki dan bermastautin.
Peliknya, mereka ini bertukar alamat bukan dalam keadaan in bulk iaitu selonggok, tetapi mereka menukar secara individu sejak tahun 2007 lagi. Manakala kelulusan untuk pengesahan pertukaran oleh SPR adalah mengikut kitaran 3 bulan sekali. Tidak mustahil nampak seperti ramai yang hendak bertukar alamat, tetapi sebenarnya mereka sendiri datang untuk bertukar alamat atas kesedaran sendiri.
SPR selalu dituduh pembangkang tidak telus. |
Adalah tidak menjadi satu kepelikan apabila terdapatnya beberapa pertukaran alamat berlaku di Negeri Sembilan. Pihak pembangkang seharusnya tidak bersikap sebegini sebab baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Pembangkang sebenarnya tidak mengetahui undian si penukar alamat ini.Mungkin mereka memilih PR dan mungkin mereka memilih BN. Mereka bertukar alamat atas dasar mahu mengundi di tempat mastautin mereka. Itu sahaja.
Beliau banyak menarik pelaburan asing dalam sektor perkilangan, pendidikan dan Pertanian. |
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...