Lewat minggu lepas , nusantara dikejutkan dengan kejadian pesawat penumpang Sukhoi Superjet Rusia yang dijumpai terhempas dan menyebabkan semua penumpangnya maut dan kapal serta segala isinya berkecai sama sekali.
KAPAL PAS |
Tetapi pada pertengahan minggu ini , Malaysia dikejutkan dengan seorang Leftenen Komander kapal yang hampir karam terjun menyelamatkan dirinya selepas menyedari kapal yang bernakhoda kan orang yang bernama Karpal Sing (Kapal Menyanyi) menuju ke singgahsana yang tidak diketahui oleh rakan sekapal masing-masing.
Alkisah bermula ketika perjalanan 3 kapal yang membawa anak kapal masing - masing pada mulanya berpakat di pertengahan jalan selepas melihat bahawa kapal-kapal mereka tidak dapat mengharungi ombak yang besar dan ganas di pertengahan jalan walhal tanpa mereka sedari ketiga-tiga kapal berkenaan sememangnya tidak mampu untuk mengharungi ombak tersebut.
KAPAL DAP |
Kapten kapal-kapal tersebut mengharapkan satu sama lain. Pada satu ketika , seorang kapten kapal berkenaan berkata dengan anak buahnya di dalam kapal nya masing-masing, "wahai anak kapal, jangan takut, sekiranya ombak membadai, kita masih ada lagi 2 kapal untuk kita teruskan perjalanan".
Begitu juga dengan kapten bagi 2 kapal yang lain, mereka pun menjangkakan hal yang sama, sekiranya kapal mereka gagal harungi ombak besar itu, maka kapten kapal tersebut mengharapkan 2 kapal dalam pakatan mereka itu.
KAPAL PKR.hahahah |
Ternyata setelah beberapa lama, beberapa anak-anak kapal melihat, kapal-kapal itu tidak terdaya untuk harungi ombak besar berkenaan. Kejayaan untuk harungi ombak besar berkenaan hanya angan-angan 3 kapten kapal berkenaan, namun anak-anak kapal menyedari kelemahan mereka sebab mereka yang kemudikan enjin, tali sawat dan arah angin.
Berbeza dengan kapal yang lagi satu, yang besar, yang gah, yang tidak pernah gagal mengharungi ombak-ombak besar yang membawa kapal dan segala isinya dengan begitu cemerlang, gemilang dan terbilang. Lahir banyak pahlawan-pahlawan dari kapal ini menyelamatkan banyak kampung daripada ancaman lanun. Mereka juga mempunyai matlamat yang jelas untuk pergi ke sebuah Tanah Besar yang dinamakan Tanah Wawasan. Mereka buat analisis, dengan kepantasan kapal, kebolehan pekerja kapal dan masa, mereka dapat sampai ke tanah wawasan pada Tahun 2020.
Kapal UMNO terus utuh....54 tahun harungi Ombak |
Berbalik kepada cerita 3 kapal tadi, Seorang demi seorang terjun ke laut untuk menyelamatkan diri daripada dilanda badai ombak besar. Mereka juga tahu, kapten-kapten mereka hanya mempunyai tujuan untuk mengharungi Ombak Besar berkenaan sahaja, selepas kepada ombak besar tersebut, kapal-kapal berkenaan tiada hala tuju dan tidak pernah berbincang. Kapten-kapten mereka juga sentiasa menyembunyikan sesuatu di kalangan mereka. Adapun anak-anak kapal yang terjun menyelamatkan diri yang diselamatkan oleh nelayan tempatan, menceritakan kepada masyarakat perkara-perkara rahsia di dalam kapal masing-masing. Masyarakat hanya melihat dan memerhati kapal-kapal berkenaan dari kejauhan.
Terbaharu, salah satu kapal yang bercat Merah Putih berlambangkan roket telah dikejutkan dengan penerjunan Leftenen Komander beliau . Dengar kata namanya Tunku Aziz.
Terjun selepas tidak tahan dengan bau kapal yang busuk. |
Kita tunggu apa rahsia terbaharu yang akan dibongkar oleh Tunku Aziz selaku Leftenen Komander Kapal tersebut kepada masyarakat. Mengikut perkhabaran , beliau masih terkapai-kapai di laut , belum lagi diselamatkan mana-mana kapal. !
psst : KAPAL SING KEMUDI KAPAL KARAM....
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...