Islam adalah agama yang lengkap (syumul) dalam semua hal. Termasuklah dalam hal-hal kepimpinan dan rakyat. Dalam apa-apa hal, Islam lebih mengutamakan Akhlak. Nabi Muhammad diturunkan juga adalah untuk menyempurnakan Akhlak.
|
Pemipin perlu selalu turun padang berjumpa rakyat, Rakyat boleh menegur secara berhemah dan pemimpin pun perlu dengar rintihan rakyat |
Sabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik seseorang di antara kamu adalah yang terbaik akhlaknya"
|
Bukan ini caranya |
Selanjutnya, Rasulullah menerangkan bahawa antara punca terjadi kerosakan umat ialah berpunca daripada pemimpin juga ulama :
Sabda Nabi: "Dua golongan dalam uamtku, apabila mereka baik , maka baiklah seluruh manusia dan apabila mereka rosak , maka seluruh umat turut menjadi rosak. Mereka ialah para umara' (pemimpin) dan ahli feqh(ulama') " riwayat Ibnu Abdil Bar dan Abu Naim.
Langkah untuk mengatasi dan berhadapan dengan pemimpin zalim bukan dengan cara mengikut hawa nafsu yang disaluti sifat mazmumah (Benci dan Dendam), juga bukan dengan cara menentang dan berusaha menjatuhkannya , tetapi dengan cara apa yang telah ditunjukkan dan diberi panduan oleh Allah dalam hadis Qudsi:
|
Ini adalah kerja pengkhianat |
"Aku adalah Allah yang tiada lagi tuhan selainKu . Aku adalah pemilik segala-galanya dan Raja bagi segala raja. Sesungguhnya hati segala raja dan pemimpin adalah dalam tangan(kekuasaan) Ku. Sesungguhnya apabila segala rakyat taat kepada Aku, maka ketika itu, Aku akan merubahkan hati segala raja dan pemimpin negara menjadi lemah lembut dan mencurah kasih sayang kepada mereka. Tetapi apabila hati rakyat mula berpaling daripada Aku (tidak taat dan derhaka)., maka Aku akan merubahkan hati segala raja dan pemimpin negara menjadi kejam dan zalim terhadap mereka. Mereka ditimpa siksaan yang amat berat. Oleh itu., janganlah (rakyat) cuba untuk menentang raja-raja dan para pemimpin mereka. Sebaliknya , apabila mereka melihat raja dan pemimpin mereka zalim , maka hendaklah mereka perbanyakkan berzikir dan mengingati Aku dan terus menerus mentaati perintah Aku. Maka (ketika itu) urusan menangani sikap raja dan pemimpin mereka adalah di tangan Aku " - Riwayat At Tabrani dan Abu Darda'
KESIMPULAN:
1. Langkah untuk mengatasi dan berhadapan dengan pemimpin zalim bukan dengan cara mengikut hawa nafsu yang disaluti oleh sifat mazmumah (benci dan dendam)
2. Bukan dengan cara menentang dan berusaha menjatuhkan pemimpin
3. Rakyat hendaklah kembali taat dan mematuhu perintah Allah
|
Hasutan seperti ini , bukan caranya.... |
4. Allah akan beri pertolongan dan dihantar pemimpin yang adil menggantikan pemimpin yang zalim itu .
Dipetik daripada buku
Bahaya DAP : Kepada Kedaulatan dan Perlembagaan Negara
+ comments + 4 comments
pemimpin Malaysia jaga Islam , jaga kaum Melayu dan jaga kaum-kaum lain...aku tengok seimbang....semoga pemerintahan sebegini trus kekal. Rakyat pon aku tengok tak melarat...betul tak mr.Blogger...:-)
salam..semua.rakyat dan ulama kena bersunnah dalam apa apa masalah.serta berhemah.perjuangan dengan amarah lebih memburukan.seperti rambut bersimpul Maris.wasalam.
maaf pembetulan(seperti rambut tersimpul mati)
pemimpin (umara') dan ulama' harus bersatu..jganlah jadi ulama' su', ulamak yang jahat...
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...