Larangan Golongan Penentang Islam di dalam rakan Perkongsian Muslim

17 May 20120 comments

Firman Allah S.W.T maksudnya: "Dan Apabila Kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikanmu kagum. Dan jika mereka berkata kamu akan mendengarkan perkataan mereka. Mereka seakan-akan Kayu yang tersandar. Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (Islam yang sebenarnya). maka waspadalah terhadap mereka..."(Surah Al Munafiqun [63]:4)




Firman Allah lagi "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia...." (Surah Al Mumtahanah [60]:1)

Kedua-dua ayat ini jelas Allah S.W.T mengingatkan orang beriman agar tidak menjadikan golongan penentang Islam sebagai rakan dalam Pakatan bersama-sama orang Islam, sama ada dalam perjunagan, rakan dalam perkongsian kuasa , ekonomi dan lain-lain.

Karpal Singh dilihat sebagai penentang di dalam pelaksanaan Hukum Islam
Antara sebab kenapa umat Islam tidak boleh menjadikan orang kafir (Harbi: Kuat menentang Islam) sebagai teman dan rakan kongsi (dalam ekonomi mahupun politik) ialah kerana mereka hendak mengajak umat Islam jadi kafir (penentang) terhadap Islam seperti mana mereka juga.

Perkara ini tidak dilaksanakan dengan cepat dan pantas. Mereka akan masuk ke dalam pemikiran umat Islam sebagai proses librelisasi. Proses Liberalisasi atau boleh dikatakan pembebasan fikiran daripada apa jua batas termasuk batas agama memungkinkan penguasaan mereka terhadap umat Islam sehinggakan secara tidak sengaja umat Islam akan bersama-sama dengan mereka merelakan apa jua tindakan yang merugikan Islam tetapi sangat menguntungkan mereka.

Lim Kit Siang pernah menafikan negara Malaysia bukan sebuah negara Islam
Hakikat orang Bukan Islam yang memusuhi Islam dan memusuhi umat Islam itu adalah kerana mereka sebenarnya takut kepada Islam, sebab itulah bila disebut sahaja pelaksanaan Hukum Hudud dan Malaysia Negara Islam , mereaka mencari pelbagai alasan untuk menentang sehingga terpaksa berpura-pura bekerjasama dengan orang Islam untuk menolak ajaran Islam
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team