BAGAIMANA KISAH BILAL BIN RABAH MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH DALAM DIRINYA?!

17 Feb 20130 comments

BAGAIMANA KISAH BILAL BIN RABAH MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH DALAM DIRINYA?!

Malangnya orang Islam di Malaysia diperangkap Lim Guan Eng.

MHS mahu memetik artikel ini berdasarkan situasi semasa yang agak meruncing selepas desakan Lim Guan Eng dalam Ucapan Sambutan Hari Krismas 25 Disember 2012 yang lalu yang mahukan Kerajaan Barisan Nasional menerima Penganut Kristian untuk mengguna pakai Kalimah ALLAH di dalam Bibble mereka. 

Lim Guan Eng INI memperalatkan Kristian dan Islam untuk mencari keuntungan politik bagi dirinya dan partinya. Sudah tentulah orang-orang Islam marah dan UMNO yang mempunyai paling ramai pengikut yang beragama Islam tentulah marah dan tersinggung! Agak malang dalam isu ini UMNO yang mengharapkan sokongan PAS dan PKR yang juga berkepimpinan ISLAM disentak dengan pengumuman Hadi Awang dan Anwar Ibrahim yang bertindak membenarkan Kalimah Allah ini diguna dalam Bible mereka. Mujurlah Majlis Syura bantah akan penggunaan ini. Malangnya Pakatan Pembangkang tetap dengan pendirian membenarkan, Anwar lagi sekali mempertahankan pendirian asal Pembangkang membenarkan Kalimah Allah dijual demi politik.Hadi pula tuduh kalimah Allah ini permainan UMNO?! 

Lihatlah kronologi di atas! Bukan UMNO yang saja-saja timbulkan perkara ini. UMNO dalam posisi mempertahankan serangan kalimah ALLAH oleh DAP! 

Pemimpin Islam sekarang yang terlalu taksub dengan permainan kotor politik tidak mengimbau bagaimana Bilal B Rabah mempertahankan kalimah Allah ini di dalam dadanya walaupun diseksa oleh tuannya. 

" Ahad....Ahad...Ahad...." ungkapan Bilal B Rabah

Allah itu Esa , Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan telah menyangkal kalimah ALLAH boleh dipergunakan oleh sebuah agama yang mengakui tuhan mereka ada tuhan bapa, tuhan anak dan sebagainya. Mana mungkin 'ALLAH' boleh dipesongkan sebegitu rupa dan MANA MUNGKIN mereka BOLEH DIBENARKAN untuk mengakui tuhan triniti yang dimaksudkan mereka adalah ALLAH! 

Bilal B Rabah diseksa di padang pasir yang panas tetap mempertahankan akidah Islam dan Kalimah Allah di dalam dadanya.....Kita bagaimana? Adakah sewenang-wenangnya kita membenarkan kalimah Allah ini dijual atas nama politik songsang yang tak mengenal adat, tak mengenal agama?! 


Benarlah ada pendapat mengatakan penduduk Tanah Melayu yang beragama Islam sedang diuji ketika ini, sama ada kita di dalam posisi mempertahankan ALLAH dan Islam ataupun tidak... 

PAS harus disedarkan semula, PKR perlu dihapuskan dan DAP bukan sahaja perlu dihapuskan malah perlu diajar cukup-cukup sampai lumat pada PRU 13 nanti, bangkit Islam itu dari Timur!!!. 

"ISLAM ITU TINGGI, TIADA LAGI YANG LEBIH TINGGI DARIPADANYA!" 

ALLAHUAKBAR!!!!

-MHS Editor- 

 LGE Sengaja timbulkan isu sensitif Islam demi melihat keparahan perpecahan sesama Islam di Malaysia!

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team