PAGI JUMAAT DIA DAH MAIN POLITIK, BOLEH TAPI TAK BOLEH! APA NI?!

28 Feb 20132comments


Tuan Mursyidul ni sekejap kata boleh, sekejap kata tak boleh. Rakyat yang tidak memahami akan keliru. Ulama' tugas dia bukan mengelirukan, tugas ulama' adalah menperjelaskan dengan sejelas-jelasnya. Sekejap kata boleh kalimah Allah diguna, sekejap kata tak boleh! Senang cerita tak perlu terus digunakan oleh Bukan Islam! Jelas! Tak perlu putar belit fakta!!!! Jangan nak main politik!! Awak tu Parti Islam Se Malaysia! Bukan Parti Bukan Islam Se Malaysia! Salahkah mempertahankan Hak Islam!! Hak Allah??!!!

Allahu Ahad!
Allah Maha Esa!
Tiada tuhan lain selain Allah! 
Supaya TG Nik Aziz dan DS Najib Tun Razak mendapat kata sepakat untuk perpaduan Islam!!!! Amin ya Allah!!! 

Petikan Akhbar: - 


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama sebulan lalu.
 
Sambil menegaskan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu, Nik Abdul Aziz berkata, yang menjadi permasalahan kini ialah tidak boleh sama sekali menterjemahkan perkataan ‘God’ dan ‘Lord’ kepada ALLAH.
 
“Kalimah ALLAH kita telah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulang dah benda ni, benda yang tak patut dijadikan isu, jadi isu.
 
“Nama ALLAH telah digunakan oleh syaitan dan iblis di dalam syurga lagi. Iblis jumpa Nabi Adam di syurga, dia kena guna nama ALLAH, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia peluk Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalahnya, terjemah God dan Lord kepada ALLAH, itu tak betul,” katanya selepas merasmikan Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2013 Persidangan dan Pameran di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.
 
Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan persetujuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam terjawab apabila ia ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.
 
Majlis Syura sebelum ini memutuskan bahawa sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia, begitu juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.
 
Majlis itu turut memutuskan bahawa menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar selain boleh membawa kekeliruan yang nyata.
 
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut menyarankan agar keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini dirujuk kembali bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung perkara itu (kalimah ALLAH).
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
1 March 2013 at 07:46

Iblis bertuhan 1, iaitu Allah. Hanya dia engkar kepada perintah Allah. Iblis tak kata tuhan 'tu 2, 3 dll! Iblis tak kata tuhan 'tu ada bapa, emak, anak dan sebagainya... Apa 'ni To Guru!

Anonymous
1 March 2013 at 07:52

Dan gua tak pernah dengar dalam menterjemah atau mencari makna sesuatu perkataan ada 'one way' only! Mesti ada kata asal (tidak semestinya asli) di dalam Bible untuk 'tuhan' - God/Lord. Perkataan inilah diterjemah kepada Allah. Kaki kelentong!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team