JUMAAT YANG BERKAH, JUMAAT YANG HENING...DR ASRI BERTANDING ATAS TIKET BN?

14 Feb 20130 comments

Ramai menyambut baik beberapa ulama' bakal mengambil tempat dalam politik tanahair di Malaysia tidak kira akan mengambil tempat dalam UMNO mahupun PAS.

Cuba anda bayangkan sekiranya semua kumpulan Ulama' sebenar ini dapat berperanan dengan baik untuk perjuangan Islam dari dalam parti mahupun luar parti sudah ternyatalah puak-puak yang cuba menyuntik ideologi songsang seperti PLURALISME AGAMA, LGBT mahupun dengan sewenang-wenangnya MENJUAL KALIMAH ALLAH untuk sokongan murahan tidak akan mendapat tempat dalam hati rakyat. Tambahan pula kerusi-kerusi Parlimen/DUN orang-orang Islam akan lebih diduduki oleh individu-individu yang lebih berkualiti. Semoga Islam terus dipelihara dari ancaman musuh-musuh ALLAH termasuk kuffar harbi di Malaysia yang sentiasa mahu melihat Islam dipecah-pecahkan menjadi 3-4 bahagian! 



Marahke bang  nuar??

Petikan Akhbar: Dr Maza akui Kepimpinan BN dan PAS ada menghubungi beliau. 

SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui perbincangan sedang diadakan berkaitan dengan soal bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan akan membuat pendirian menjelang akhir bulan ini.
"Perbincangan memang ada... dalam tempoh satu dua minggu ini, saya akan beritahu," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Bagaimanapun beliau yang pulang ke tanah air dari Jordan lewat petang kelmarin enggan menyebut parti politik yang 'merisik' agar bertanding pada PRU13.
"Saya tidak boleh kata apa-apa lagi, tunggu seminggu dua lagi..." kata beliau yang turut ditanya tentang negeri dan bahagian pilihan raya yang ditawarkan.
Menerusi Twitter tengah hari semalam, Asri menulis, "alhamdulillah, di rumah saya banyak kerusi yang saya boleh mendudukinya tanpa sebarang saingan melainkan sakit dan maut."
Sebelum mesej itu, Asri juga menulis "media yang lapor saya bertanding tu, dah tanya saya sendiri ke?"
Semalam, Sinar Harian membawa laporan bahawa di sebalik demam PRU13 yang semakin dirasai, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara ulama yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini, yang dilabel sebagai ‘ibu kepada segala pilihan raya’.
Nama beliau mula menjadi sebutan dalam senarai bakal calon PRU13, yang turut merangkumi nama Asri.
Sinar Harian difahamkan, Asri dan Juanda sudah didampingi semula beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama.
Nama Asri, yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali menafikan akan menyertai parti politik.
Asri disebut-sebut akan bertanding di Pulau Pinang manakala Juanda, anak kelahiran Sarawak, dipercayai akan diletakkan di Perlis.
PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini.
Mandat Kerajaan Pusat akan berakhir penghujung April. Jika Parlimen terbubar secara automatik, PRU13 perlu diadakan sebelum akhir Jun.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team