PAS NAK UMNO JADI PM SELEPAS MENANG PRU 13??

25 Feb 20130 comments

Nampaknya PAS macam sudah tahu bahawa UMNO lebih mulia daripada DAP dan PKR. Itulah hakikat otai-otai politik veteren yang melihat polemik politik pada ketiga-tiga parti Pakatan di luar, bertelagah di dalam. Tidak mustahil 'kalaulah' diizin ALLAH Pakatan diberikan kemenangan, PAS yang berpecah dua akan lantik Pemimpin UMNO jadi Perdana Menteri dek kerana perpecahan yang kronik dalam Pakatan dan di dalam PAS sekaligus membentuk Kerajaan Islam mutlak! 

Itu adalah angan-angan MHS, tetapi ia tidak akan mustahil. Perpaduan ummah tidak akan mustahil, tatkala itu Islam akan bangkit dari Timur...Allahuakbar! Amin Ya rabbal Alamin! 

Ayuh kita hancurkan Parti Taghut ini: 



Petikan MyMassa: 

Konvensyen PR hambar



Konvensyen Pakatan Rakyat yang bermula di Shah Alam sebentar tadi dimulakan dengan hambar lapor Antarapos meskipun konvesyen itu membariskan tiga pemimpin utama PKR, DAP dan PAS.

Hanya kira-kira 300 orang mengisi dewan persidangan Pusat Konvensyen Shah Alam apabila Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution memulakan ucapan, sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kebanyakkan perwakilan yang datang berlegar di luar dewan sehingga memaksa juruacara untuk membuat pengumuman meminta mereka masuk ke dewan,”lapornya.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali terus menjaja nama Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat.

Namun berbeza dengan pandangan Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata persoalan siapa menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya banyak bergantung kepada parti mana memenangi jumlah kerusi paling tinggi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurutnya, PAS masih belum memberi persetujuan kepada mana-mana individu untuk dilantik sebagai PM.

“Saya lihat calon perdana menteri ini kita bagi PAS lawan dululah… bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team