GEMPAR! 'PUNCA' KEKALAHAN BN DI PARLIMEN SEREMBAN BERULANG PADA PRU 13!!

15 Feb 20131comments


Apa sudah jadi dengan PAS Seremban?



GEMPAR! 'PUNCA' KEKALAHAN BN DI PARLIMEN SEREMBAN BERULANG PADA PRU 13 DALAM PAS NSDK!

Free Malaysia Today, 14 Feb 2013 - Pertembungan di dalam PAS Seremban membabitkan kem Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan kem Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.

SEREMBAN: Isu perpecahan PAS Seremban nampaknya masih tidak berkesudahan walaupun paluan gendang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir. Di kala PAS di kawasan lain sedang siap siaga untuk menghadapi lawan iaitu Umno, PAS Seremban pula masih bertelagah sesama sendiri.

Pertembungan di dalam PAS Seremban membabitkan  kem Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan kem Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.

Walaupun pertembungan ini tidak begitu diketahui umum melainkan sesama kepimpinan PAS, tetapi perang dingin diantara dua kem pemimpin ini kini semakin diketahui umum apabila Dewan Pemuda PAS Seremban melalui laman web milik mereka kini mula menyerang Zulkefly secara terbuka.

Di kaca mata umum hubungan di antara MK Ibrahim dan Zulkefly memang baik iaitu sejak sambutan rumah terbuka Aidil Fitri anjuran Zulkefly yang dihadiri oleh MK Ibrahim.  Sebulan selepas itu Zulkefly pula menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan MK Ibrahim.

FMT difahamkan melalui sebuah sumber dalaman PAS Seremban bahawa walaupun secara peribadi hubungan MK Ibrahim dan Zulkefly agak baik, namun pemimpin-pemimpin PAS Seremban di bawah MK Ibrahim dan Zulkefly seperti tidak mahu mencari jalan pendamaian. Sebaliknya sering ‘membakar’ MK Ibrahim dan Zulkefly agar tidak mengadakan sebarang perbincangan untuk mencapai kata sepakat.

Sebenarnya apa yang menjadi rebutan di PAS Seremban ialah siapakah yang layak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng.

DUN Lenggeng merupakan satu-satunya kerusi PAS di Parlimen Seremban. Parlimen Seremban mempunyai enam kerusi DUN. Iaitu Lenggeng, Ampangan, Sikamat, Temiang, Lobak dan Nilai.

Ampangan dan Sikamat merupakan kerusi PKR sementara Temiang, Lobak dan Nilai merupakan kerusi DAP.

Kem MK Ibrahim merasakan MK Ibrahim sebagai Yang DiPertua PAS Seremban adalah calon yang paling layak untuk bertanding pada PRU-13 nanti. MK Ibrahim memenangi jawatan tersebut pada muktamar PAS Seremban pada 15 Mei 2011.

Pemuda PAS Seremban yang merupakan pro MK Ibrahim juga berhujah bahawa sudah sampai masanya PAS Negeri Sembilan dan PAS Pusat mencalonkan muka baru iaitu MK Ibrahim.

Kumpulan pendesak

Alasan Pemuda PAS Seremban yang bertindak sebagai kumpulan pendesak ialah Zulkefly sudah kalah tiga kali di Lenggeng pada PRU tahun 1999, 2004 dan 2008.

Kem Zulkefly pula merasakan ahli jawatankuasa PAS Pusat itu lebih layak bertanding di Lenggeng kerana merasakan Zulkefly lebih popular di Lenggeng berbanding MK Ibrahim.

Kem Zulkefly yakin bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu akan dicalonkan sekali lagi di DUN Lenggeng berdasarkan prestasi dan peranan Zulkefly yang menonjol dalam isu alam sekitar di Lynas, Kuantan; Bukit Payong, Batu Pahat dan Pengerang, Johor.

Tetapi kem MK Ibrahim pula berkata memandangkan Zulekfly sudah mencapai taraf pemimpin nasional, maka Zulkefly seharusnya bertanding di kerusi parlimen kerana skop tugas beliau pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat merangkumi peringkat nasional.

Ada suara nakal dalam PAS Negeri Sembilan yang mencadangkan jika Zulkefly bertanding kerusi parlimen dan menang; pada masa yang sama jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya, Zulkefly berpotensi besar menjadi paling kurang Timbalan Menteri Alam Sekitar.

Dalam posting terbaru dalam laman web Pemuda PAS Seremban, mereka meminta PAS tampilkan calon ‘boleh menang’.

Dalam laman web tersebut Pemuda PAS Seremban turut menyiarkan sebuah kajian panel penyelidikan berkaitan calon PAS yang paling sesuai untuk PRU-13. Walaupun foto tersebut tidak menyebut kerusi DUN mana tetapi ianya jelas merujuk kepada DUN Lenggeng.

Merujuk kepada foto gambarajah yang dimuat naik dalam laman web tersebut; kajian tersebut berkata Zulkefly menjadi pilihan 15.7 peratus responden. MK Ibrahim pula 12.9 peratus responden. Bermakna Zulkefly lebih popular daripada MK Ibrahim walaupun peratusannya tidak jauh berbeza.

Apa yang menarik seramai 48.0 peratus responden pula tidak pasti mengenai  calon PAS pilihan mereka. Manakala 19.8 peratus responden mempunyai pilihan calon lain daripada Zulkefly dan MK Ibrahim.

Berdasarkan kajian ini terdapat dua senario yang menjadi pilihan majoriti responden. Pertamanya 48 peratus responden ini boleh menerima sama ada MK Ibrahim atau Zulkefly sebagai calon PAS di DUN Lenggeng, kerana lazimnya kategori pengundi ini adalah pengundi yang tidak kisah siapa calonnya asalkan calon PAS.

Tolak MK Ibrahim dan Zulkefly

Senario kedua ialah lebih ramai responden iaitu 19.8 peratus responden menolak kedua-dua calon yang berebut DUN Lenggeng iaitu MK Ibrahim dan Zulkefly.

Dari segi gerak kerja, MK Ibrahim dan Zulkefly memang aktif mengiatkan pelbagai aktiviti parti di Lenggeng.

Kini terpulang kepada PAS Pusat untuk menentukan siapakah calon yang sesuai dan ‘boleh menang’ di DUN Lenggeng pada PRU-13 nanti.

Sumber memberitahu FMT ada ura-ura jika Mk Ibrahim dipilih sebagai calon DUN Lenggeng, kem Zulkefly sudah pasti akan memboikot MK Ibrahim dan tidak akan membantu berkempen untuk MK Ibrahim. Manakala jika Zulkefly pula dicalonkan, kem MK Ibrahim pula akan memulaukan Zulkefly dan tidak akan gerakkan jentera pilihan raya membantu Zulkefly.

Apa yang pasti suasana di Lenggeng ini merupakan satu berita baik untuk Umno dan Umno tidak akan menghadapi masalah besar untuk mempertahankan DUN Lenggeng.

Kerana kekuatan PAS Seremban sudah lama pecah dua. Dengan kekuatan 100 peratus pun bukan mudah menumbangkan Umno di Lenggeng kerana sememangnya Umno agak kuat di Lenggeng memandangkan majoriti masyarakat Melayu di Lenggeng merupakan Melayu kampung yang masih tegar menyokong Umno. Apatah pula kini PAS akan bertarung dengan Umno dengan hanya separuh kekuatan sahaja.

Mengikut rekod daftar pengundi terkini, peratusan pengundi di Lenggeng ialah Melayu 76.82 peratus, Cina 16.32 peratus dan India 6.86 peratus. Jumlah pengundi pula 14, 962 orang.

Sedia maklum majoriti pengundi Melayu di kawasan kampung dan Felda di Negeri Sembilan masih kuat menyokong Umno termasuk di Lenggeng.


Wallahualam.

GEMPAR! 'PUNCA' KEKALAHAN BN DI PARLIMEN SEREMBAN BERULANG PADA PRU 13 DALAM PR! KAH...KAH...! 

*p/s : Apa yang MHS nampak, pemimpin Melayu bergaduh sesama sendiri , yang akan menang adalah DAP SIAL!!!!!

Share this article :

+ comments + 1 comments

15 July 2020 at 02:41

I find your site super awesome, I wish you all the success because you deserve it, good luck and congratulations for this superb site!

Discount voyance

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team