UST NASHA MULA DIPERLEKEH PIMPINAN !

6 Feb 20130 comments

Ustaz Nasharudin yang dipecat dari Masjlis Syura PAS mula diperlekeh terang-terangan oleh kepimpinan PAS. Terbaharu, Husam Musa mengkritik dan memperlekehkan desakan Ustaz Nasha yang menggesa PAS perlu keluar dari Ikatan bersama Kuffar Harbi DAP dan berpegang dengan keyakinan dan kekuatan PAS sendiri. Husam berkata bahawa desakan Ustaz Nasha ini tidak relevan lagi disebabkan beliau tidak lagi ahli Majlis Syura PAS. 

Benarlah dakwaan sebelum ini yang mengatakan Ustaz Nasha ketika ini sengaja dianaya oleh puak anwarinas supaya mudah untuk mereka mengenakan apa-apa tindakan ke atas Ustaz Nasha setelah Ustaz Nasha ditendang dari Majlis Syura! 

Kenyataan Husam yang berbaur masam terhadap Ustaz Nasha... 

KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata bekas timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berada di platform yang salah bila beliau mendesak parti itu keluar dari pakatan pembangkang. 
  
Husam berkata desakan Nasharudin itu tidak relevan lagi kerana (beliau) sudah tidak menjadi anggota Majlis Syura Ulama Pas.
  
"Ustaz Nasha kini berada di luar (Majlis Syura Ulama Pas). (Maknanya) tak guna saluran (yang betul)," kata Husam kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di sini, hari ini.
  
Bercakap dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam, Nasharudin mendesak agar Pas keluar dari pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team