ChickenSoupIbadah@MHS: Hukum Membaca Al Quran Di Atas Kubur?

18 Jul 20121comments

MHS suka untuk berkongsi perkara ini: 

Ketika seorang guru agama yang alim meninggal dunia di Bagan Datoh, Perak pada awal 70 an, tiga orang diupah membaca Al Quran di atas kuburnya siang dan malam. Begitu juga ketika emak mertua rakan saya meninggal beberapa tahun kemudian.
Persoalan: 
1. Bolehkah membaca Al Quran di atas kubur?
2. Sampaikah pahala bacaan tersebut kepada orang yang telah meninggal dunia? 

Apa kata Ulama'? 

Para Ulama' telah bersepakat mengatakan bahawa membaca Al Quran di atas Kubur adalah tidak haram, bahkan tidak berdosa bagi mereka yang melakukannya. 

Jumhur Ulama' mazhab Hanafi, Syafie' dan Hambali berpendapat bahawa hukumnya adalah SUNAT, berdasarkan riwayat daripada Anas R.A :

Maksudnya:"Sesiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca surah yasin maka DIRINGANKAN azab kepada ahli Kubur pada hari tersebut dan bagi orang yang membaca Al Quran memperoleh pahala kebaikan"






Share this article :

+ comments + 1 comments

18 July 2012 at 02:44

singgah and follow u

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team