ISU AIR SELANGOR: KERAJAAN PUSAT ZALIM ?

23 Jul 20120 comments


MHS: 

Kerajaan Negeri Selangor mendakwa bahawa Selangor tidak mempunyai masalah air berikutan air di empangan dan lombong-lombong masih berkapasiti penuh. Itulah yang dipropagandakan oleh mereka. Perlu diingat bahawa air yang tidak cukup adalah AIR TERAWAT dan BUKAN AIR TIDAK TERAWAT. Apa yang ada di lombong-llombong dan empangan - empangan di Selangor adalah AIR TIDAK TERAWAT!  TETAPI air Terawat yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat tidak cukup! 

Loji-loji rawatan SYABAS untuk merawat air sudah mencapai kapasiti penuh!
Kerajaan Negeri buat-buat tak faham akan masalah ini dan cuba mengelirukan rakyat. MHS berpendapat Kerajaan Negeri Selangor adalah Kerajaaan yang SANGAT ZALIM kerana menipu rakyat dengan fitnah-fitnah kepada SYABAS dan Kerajaan Pusat! 

Petikan Berita: 

Putrajaya: Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-Isu Air Selangor semalam menolak cadangan kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu berkata, soal pengambilalihan SYABAS tidak boleh dilakukan kerana kerajaan Selangor tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi, termasuk membenarkan kenaikan tarif air.Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, Peguam Negara sudah diarah mengkaji undang-undang bagi membolehkan Kerajaan Pusat meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 walaupun belum ada persetujuan kerajaan Selangor.
“Berdasarkan taklimat Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini mengalami gangguan bekalan air dirawat walaupun ada 34 loji rawatan air di Selangor.

“Saya diberitahu keadaan sudah sampai tahap kritikal pada bulan tertentu di mana baki (rizab air) hanya 1.8 peratus. Jika ikut pandangan pakar ini cukup membimbangkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kira-kira tiga jam di KeTTHA, di sini semalam.-BH-

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team