"Dalam menilai penampilan dan prestasi diri, kita perlu kepada pembangkang untuk memberitahu tentang kelemahan pelaksanaan dan hala tuju pembangunan masa depan negara. Pembangkang laksana sebuah cermin yang boleh kita lihat segala cacat cela dan bintik hitam di muka yang kita tidak dapat lakukan tanpa melalui medium tersebut. " Tun Mahathir
Sesebuah negara yang inginkan kemajuan memang perlukan satu pergerakan pembangkang yang aktif memberikan komen-komen yang positif terhadap pelaksanaan dasar oleh kerajaan yang memerintah. Namun di Malaysia keadaan tersebut tidak berlaku sama sekali.Memang betul kita mempunyai pembangkang yang agresif. Tetapi agresif yang membuta tuli sehinggakan tiada satu pun yang betul mengenai kerajaan. Dari Klinik 1 Malaysia sehinggalah Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) tidak kelihatan langsung ulasan yang positif yang lahir dari mulut pembangkang mengenai pelaksanaan program tersebut. Jikalau di Amerika Syarikat ,Democrat dan Republican boleh bekerjasama sebagai Kerajaan dan Pembangkang yang ideal, mengapa di negara ini suasana itu tidak tejadi? Jawapan yang mudah..Pembangkang terlalu inginkan kemenangan serta tidak mahu mengaku kekalahan walaupun pada hakikatnya mereka sedar perjuangan mereka tidak diterima oleh rakyat Malaysia.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...