MENARA FELDA KINI BERNILAI RM 965 JUTA!!

10 Jul 20120 comments


Menara FELDA yang siap dibina sebulan lalu yang bernilai RM 700 juta kini meningkat naik ke RM 965 
juta.

Keputusan Felda untuk membina sebuah menara korporat di tengah-tengah pusat komersial di ibu negara terbukti kini menjana laba kepada organisasi tersebut dalam bentuk pelaburan jangka masa panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Felda telah memperoleh keuntungan nilai aset RM265 juta apabila Menara Felda yang siap dibina bulan lalu pada kos RM700 juta itu kini mencecah RM965 juta mengikut nilai hartanah semasa.

“Ini menunjukkan Felda untung 38 peratus walaupun Menara Felda yang mula dibina pada tahun 2008 ini belum lagi digunakan. Ia juga membuktikan menara yang siap 20 bulan lebih awal ini satu keputusan yang bijak.

“Kejayaan ini juga membuktikan tuduhan sesetengah fitnah pihak tertentu terhadap usaha membina Menara Felda selama ini telah gagal,” katanya pada majlis Sambutan Hari Peneroka Felda 2012 dan Perasmian Menara Felda di sini semalam.

Dipetik dari : www.forblogger.net

p/s : Aku bangga tengok kejayaan syarikat seperti FELDA, moga generasi baru Felda akan terus menyokong setiap pembaharuan yang dibawakan oleh FELDA. Jangan mudah termakan dengan hasutan pihak tertentu.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team