SHAH ALAM- Majlis ulama UMNO wajar dijadikan komponen khas dan bukannya sayap parti supaya dapat memainkan peranan yang lebih efektif , kata Ketua Kluster Governens, Perundangan dan Pengurusan Awam , Majlis Professor Negara (MPN), Prof Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.
Menurutnya dengan adanya struktur demikian, hal-hal berkaitan agama Islam dapat diuruskan dengan lebih cekap oleh majlis tersebut. Penglibatan ulama dalam politik tidak seharusnya secara aktif untuk jad calon pilihan raya sebagaimana kebanyakan aktivis lain, sebaliknya memainkan peranan dalam hal pengurusan agama.
"Peranan mereka perlu ke arah syariat Islam. Mereka perlu memainkan peranan menasihati , boleh memegang jawatan parti , tetapi tidak terlibat jadi calon dan bertanding dalam pilihan raya kerana bimbang majlis Ulama akan jadi fitnah atau medan merebut jawatan" katanya. -SINAR-
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...