London-Seorang jurulatih terkemuka Amerika Syarikat (AS) menyifatkan kepantasan luar biasa perenang China , Ye Shiwen sebagai sebagai 'meragukan' dan membandingkan gadis berusia 16 tahun itu dengan atlet-atlet Jerman Timur yang pernah disahkan menggunakan bahan ransangan terlarang.
Pengarah Eksekutif Persatuan jurulatih-jurulatih renang Dunia , John Leonard memberitahu akhbar The Guardian bahawa kepantasan gaya bebas yang dipamerkan Shiwen ketika menjuarai 400m rampaian individu dan memecahkan rekod dunia acara itu kelmarin adalah sesuatu yang 'mustahil' untuk dilakukan.
Perenang remaja itu mencatat 58.68s dalam 100 meter terakhir , hanya sedikit ketinggalan berbanding bintang perenang Lelaki AS, Ryan Lochte. Lebih menakjubkan , rekod masa Shiwen pada pusingan terakhir adalah lebih pantas daripada Lochte. -BH-
BBC World News : Walaubagaimanapun Shiwen menafikan beliau menggunakan bahan terlarang tersebut dan menyifatkan kemenangan menakjubkan beliau adalah daya usaha keras beliau di dalam latihan di samping menyifatkan penyertaan atlet China di temasya itu adalah bersih dari sebarang pengambilan barang terlarang.
MHS: Memang tidak boleh dinafikan, dengan usaha yang keras dan jitu , pasti seseorang itu boleh melakukan aksi terhebat stunning performance. Lagipun Shiwen berusia muda dan orang muda mempunyai stamina yang begitu menakjubkan. Lihat sahaja anak kita yang berusia 5 tahun ke bawah. Meskipun mereka kecil, tetapi apabila mereka bermain dan berlari, mereka boleh berlari 2-3 jam sampai kita pun tak larat nak kejar. hehe..Lojik tak. apa-apapun, ada pepatah arab menyatakan "MAN JADDA WA JADA, MAN ZARA'A HASADA" Maksudnya: "Sesiapa yang berusaha, pasti berjaya dan sesiapa yang menanam, pasti mendapat hasilnya!"
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...