SIFAT-SIFAT SOHABAT PEMIMPIN YANG TIDAK PATROTIK

23 Jul 20120 comments

Pagi tadi MHS ada mendengar sedikit perkongsian ilmu di radio bertajuk patriotik. Agak menarik apabila panel membicarakan berkenaan istilah patriotik ini begitu besar ruang lingkupnya. Antara sedikit ciri-ciri tindakan patriotik ialah seperti tidak membuang sampah merata-rata, menjaga keamanan negara, hidup dalam suasana harmoni, menghormati sesama rakyat, TIDAK MEMBURUKKAN MALAYSIA dimata luar negara, menjalankan inovasi untuk kemajuan negara, melaksanakan perniagaan yang mampu menyemarakkan ekonomi negara dan banyak lagi. Kesimpulannya semua perkara yang baik dibuat untuk tujuan baik kepada negara adalah salah satu ciri patriotik yang dicerminkan oleh kita samada kita sedar atau tidak.

Yang menjadi masalah bagi rakyat kita ialah kita kurang melambangkan patriotik SIMBOLIK yakni dengan cara menunjukkan kita sayangkan negara dengan berbangga dan menghormati dengan benderanya, lagunya dan lain-lain simbolik negara.

Menurut panel tersebut, pendidikan di akar umbi mencukupi bagi teras patriotik seperti ajaran sejarah, moral dan lain-lain tetapi semangat dan roh bagi mewujudkan patriotik tidak diterapkan kepada generasi muda. Hasilnya, kita agak malu bila mahu mempertahankan apa sahaja tohmahan kepada negara, kita agak malu untuk memasang bendera di kereta, kita agak kaku bila berdiri tegak apabila lagu negaraku berkumandang.

Berbalik ke situasi negara kini, MHS melihat ada sesetengah dari pemimpin kita yang gemar memburukkan negara di luar sana. Tindakan ini MHS raskaan sebagai salah satu tindakan tidak patriotik. Menghentam parti dan kerajaan memerintah dianggap relevan lagi tetapi janganlah kiranya kita menghentam negara Malaysia yang merupakan satu entiti suci untuk semua rakyat.


kredit: AIDC production

MHS rasakan inilah salah satu contoh dimana seseorang tidak patriotik dengan mengutuk sesuatu yang menjadi lambang kesenian negara sedangkan ianya bukanlah bersifat politik. Apa salahnya batik Malaysia dengan PKR mauhupun PR??

Inilah masalah pemimpin politik negara ini, senantiasa berpolitik untuk kepentingan parti dalam apa jua bidang apa jua cara hinggakan Bendera Malaysia Jalur Gemilang turut dikaitkan dengan parti memerintah. Sesiapa yang mengibarkannya dikatakan pro kepada parti memerintah...Perkara ini perlu ditukar dan diubah, persepsi sebegini akan membawa kesan negatif kepada negara Malaysia khususnya. Jalur Gemilang milik semua rakyat Malaysia.

Salam Kemerdekaan dari warga kerja MHS.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team