NEGERI SEMBILAN SEDIA SEDEKAH AIR KE SELANGOR

18 Jul 20120 comments



SEREMBAN: Negeri Sembilan tiada masalah menjual bekalan air kepada negeri lain termasuk Selangor apabila Empangan Sungai Triang dan Loji Rawatan Air Sungai Ngoi-Ngoi di sini yang sedang dibina, siap akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini kerana apabila kedua-dua loji berkenaan siap, ia dijangka mampu meningkatkan pengeluaran air bersih dan menghasilkan lebihan untuk dijual.

"Kita akan beri pertolongan, kita akan buat apa sahaja supaya kepentingan rakyat ini sentiasa menjadi keutamaan. Berapa banyak kita jual setiap liter adalah perkara lain tetapi kita sentiasa bersedia," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, Negeri Sembilan tidak mempunyai lebihan air untuk djual kerana di daerah Seremban sahaja, jumlah penggunaan air 70 juta gelen sehari sedangkan kapasiti semasa pengeluaran air bersih dari Loji Rawatan Air Sungai Terip di sini adalah sekitar 65 juta gelen sehari.

Namun, apabila empangan dan loji tersebut siap dan mula beroperasi, ia dijangka mampu menghasilkan sekitar 60 juta gelen air bersih sehari yang mampu menampung kekurangan di daerah ini dan mempunyai lebihan untuk dijual, katanya.


Lanjut: http://www.antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WocZRo

MHS: Perbezaan kecekapan kepimpinan tertinggi Negeri. Kepimpimpinan Tertinggi Negeri perlu mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu krisis / masalah, bukannya mencari pihak untuk dituduh dan dikambinghitamkan....Tahniah MB Negeri Sembilan. MB Selangor patut contohi Negeri Sembilan D.K. Negeri Kecil pun boleh salur ke negeri yang besar! 
serabut dengan pelbagai kemelut
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team