TERKINI@MHS ! KHALID MAHU HANTAR PEMANTAU AIR

18 Jul 20121comments

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan menghantar pasukan khas terdiri empat profesional, termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Suhaimi Kamaruzaman ke Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad (Syabas) bagi memantau operasi harian syarikat itu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata tiga lagi anggota pasukan itu ialah Pengarah Konsortium ABBAS Sdn Bhd, Abas Abdullah; Pengarah Urusan (Pengurusan Air) Kumpulan Peransang Selangor, Karim Endut dan Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan Peransang Selangor, Kevin Lee.“Kumpulan profesional ini akan dihantar kerana mereka (Syabas) gagal memberikan butiran dan penjelasan memuaskan mengenai beberapa isu apabila mereka memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri pagi ini," katanya. 

Khalid yakin Syabas boleh memberi kerjasama kepada kumpulan profesional berkenaan kerana mereka mempunyai pengalaman mendalam dalam pengurusan dan pengagihan bekalan air. -BH-



MHS:  Pemantauan walaubagaimanapun dilihat bukan langkah untuk menyelesaikan masalah air yang kronik di Selangor itu. . . Apa sudah jadi Selangor?? 
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
18 July 2012 at 04:46

Khalid ni dah langsung tak layak nak jadi MB. Dah bodoh sangat tahap longkang.

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team