BELANG DEMOKRASI PAS TERBONGKAR!

16 Aug 20120 comments



“Pertemuan ini sedikit pun tidak berbincang mengenai PAS atau UMNO, sebaliknya jauh lebih besar daripada parti, kami membicarakan keadaan semasa ummah,”, Ust Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok(PAS)

Inilah kata-kata Ust Nasharudin Mat Isa tatkala menjawab spekulasi dan kecaman oleh beberapa orang pemimpin PAS yang kononnya beliau akan keluar PAS dan masuk UMNO. Insiden ini juga menonjolkan kepincangan demokrasi di dalam PAS di dalam hak kebebasan bersuara, menegur kepimpinan. Teguran sering disalahertikan oleh kepimpinan PAS sehingga sanggup memecat ahli sendiri tanpa ada perbicaraan yang nyata, contohnya Ust Hasan Ali. Adakah Pemimpin PAS itu maksum dan malaikat sehingga langsung tidak boleh ditegur???! PAS PIS PUS semakin karam dan lemas di dalam dakapan Dajjal Action Party! DAP BABI! 

Petikan berita: 
Sepang: Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, menegaskan beliau tidak pernah berhasrat untuk meninggalkan PAS atau menyertai UMNO dan mencabar sesiapa yang membuat dakwaan itu mengemukakan bukti.

Katanya, beliau mengaturkan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan ulama di Makkah bersempena dengan mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sebuah villa bersebelahan dengan Masjidil Haram. 

Jemputan khas 

“Saya dijemput jemput ke Makkah dengan visa khas selepas Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu ulama terbabit.



“Antara lain, mereka membincangkan isu di Syria dan etnik Rohingya di Myanmar. Mereka turut berpesan kepada Perdana Menteri supaya memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

“Pertemuan ini sedikit pun tidak berbincang mengenai PAS atau UMNO, sebaliknya jauh lebih besar daripada parti, kami membicarakan keadaan semasa ummah,” katanya kepada pemberita sekembali dari Jeddah, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Beliau mengulas kecaman pihak tertentu berikutan tersiar gambarnya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersama beberapa ulama di Makkah sempena Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). 
Gambar itu juga menjadi punca spekulasi, termasuk dalam kalangan pucuk pimpinan PAS, bahawa bekas Timbalan Presiden PAS itu mungkin meninggalkan partinya.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team