GAMBAR KERETA PERONDA YANG TERSEBAR DI FB. MHS POHON SIASATAN PIHAK BERKUASA

5 Aug 20124comments


Gambar di atas disebar secara meluas di FB. 
Sejauh mana kebenaran gambar ini mencerminkan tindakan   pegawai polis berkenaan dan bilakah perkara ini berlaku tidak dapat dipastikan lagi. Sebab kenderaan Jabatan digunakan pun tidak dapat dipastikan.Ada kemungkinan Balai tempat pegawai berkenaan bertugas menjalankan kenduri atau majlis berbuka puasa secara bergotong royong dan ada kemungkinan juga salah laku benar-benar berlaku. 

Tetapi gambar ini telah disebarkan untuk memburukkan imej PDRM. Jika benar ia berlaku, PDRM digesa ambil tindakan, tetapi jika perkara ini tidak benar dan beliau mempunyai sebab untuk menggunakan kenderaan jabatan sebegini, PDRM sila jelaskan untuk menamatkan PERSEPSI BURUK yang disebar pihak tidak bertanggungjawab menjatuhkan kredibiliti Polis. 

Apa-apa pun MHS lihat perkara ini tidak wajar berlaku memandangkan kelapa bukan barang yang sepatutnya dibawa oleh Kenderaan Peronda Polis. Terima kasih.  

Lagi Buruk perlakuan di bawah !  kan? 



Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
5 August 2012 at 20:24

kadang-kadang akibat nila setitik, rosak susu sebelanga..

5 August 2012 at 20:31

Selalu ada juga acara acara kenduri diperingkat IPD terutama dalam bulan ramadan. Mungkin AJK kekurangan kenderaan dan terpaksa guna kereta peronda untok angkut kelapa buat santan.Saya hanya cakap 'mungkin'..apa apa pun IPK Johor kena lihat juga lah hal ni.benda kecil saja..tak menjejaskan apa apa pun berbanding tugasan anggota polis yang sentiasa mengadai nyawa setiapa masa.

5 August 2012 at 20:33

yup, MHS sokong perkara ini.

Anonymous
5 August 2012 at 20:37

Puak pakatan memang sengaja menyebar perkara-perkara ini. tidak mustahil harakah akan keluarkan gambar ni nanti.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team