OLIMPIK : BERMAIN UNTUK KALAH! 8 PEMAIN BADMINTON DIBATAL PENYERTAAN!

1 Aug 20120 comments


London: Lapan pemain badminton beregu wanita dibatalkan penyertaan mereka dalam Olimpik London semalam selepas sengaja ‘bermain untuk kalah’ dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk mendapat undian lebih mudah di suku akhir. 

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan keputusan itu selepas menyiasat pasangan China, dua beregu dari Korea Selatan serta satu pasangan Indonesia. Mereka didakwa kerana “tidak berusaha dengan kemampuan sebenar untuk memenangi perlawanan” dan “mencemari nama baik sukan” dalam perlawanan masing-masing kelmarin. 

Jika anda kehilangan bahagian persaingan itu, semua akan menjadi mengarut". - Craig Reedie, Timbalan Presiden IOC

Ketua Kontinjen Olimpik Indonesia, Erick Thohir berkata pasukannya akan membuat rayuan. BWF memberitahu Korea Selatan juga sudah mengemukakan rayuan.

Timbalan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Craig Reedie yang pernah menerajui badan induk badminton antarabangsa itu, mengalu-alukan keputusan berkenaan.

“Sukan adalah persaingan,” kata Reedie. “Jika anda kehilangan bahagian persaingan itu, semua akan menjadi mengarut. Anda tidak boleh membiarkan pemain merosakkan kejohanan dengan cara begitu, dan tidak mengambil tindakan keras. Jadi bagus untuk mereka.” 
Lapan pemain yang dihukum ialah juara dunia, Wang Xiaoli dan Yu Yang, lawan mereka dari Korea Selatan, Jung Kyun-eun dan Kim Ha-na, serta Ha Jung-eun dan Kim Min-jung, serta pasangan Indonesia, Meiliana Jauhari dan Greysia Polii.

Pasangan terbabit bagaimanapun menyalahkan format baru pertandingan di mana sebelum ini ia dijalankan secara kalah mati tetapi pada temasya kali ini BWF menukar kepada sistem kumpulan. - AP

MHS: Dato' Lee Chong Wei bermain untuk EMAS OLIMPIK Sulung Negara! Tak main la untuk Kalah! Syabas Chong Wei mudah tampak mudah tundukkan Simon Santoso semalam. :-) 


Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team