BERITA NEGERI 9: WARGA EMAS RENTUNG!

3 Aug 20120 comments

Jelebu: Sepasang suami isteri warga emas rentung selepas terperangkap dalam rumah mereka yang terbakar, dipercayai akibat litar pintas di FELDA Pasoh 1, dekat Kuala Klawang, di sini awal pagi semalam.  Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, Zahari Hasan, 79, dan isterinya Mariam Abd Latif, 69, yang tinggal berdua di rumah itu dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri kerana pengsan akibat terhidu asap beracun. 

Kedua-dua mereka yang rentung 90 peratus ditemui terlentang dengan jarak lima meter antara satu sama lain di ruang tamu rumah itu. -bh-
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team