MANA SATU NI DERR?? PAKATAN 3 KEPALA!

7 Aug 20120 comments

MHS menyifatkan Pakatan Rakyat semakin bingung dan pelik sama peliknya dengan juak-juak PR di luar sana. Kerajaan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor bakal menggunakan tema hari kebangsaan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" . Kerajaan PAS Ortodok di Kelantan menggunakan tema "Menerajui Perubahan" manakala Kerajaan PAS Kedah menggunakan slogan "TERUS Berbakti"

Apa yang kelakar adalah Slogan Kerajaan PAS di Kelantan yang beriya-iya mahu menggunakan tema "Menerajui Perubahan" sedangkan Menteri Besarnya Nik Aziz tidak pernah diubah walaupun sudah lemah di dalam kepimpinan. Bagaiaman mahu menerajui Perubahan seperti diwar-war di dalam Tema Hari Kebangsaan jikalau pemimpin yang dikatakan "Pemimpin Menongkat Dunia" masih mahu merebut jawatan sebagai Menteri Besar! 

Laporan Portal Merdeka Online:

Ahmad Maslan Kritik Pembangkang di http://merdeka-online.com/home/3-tema-hari-kebangsaan-berbeza-bukti-pakatan-tidak-sepakat-ahmad-maslan/


MO,SHAH ALAM, 8/8/2012 –  Penggunaan tema hari kebangsaan berbeza oleh empat negeri yang ditadbir pembangkang membuktikan mereka tidak mampu mencapat kata sepakat walau dalam perkara kecil.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka tidak akan mampu bersepakat walaupun ‘tidur sebantal’ kerana masing-masing ‘berlainan mimpi’.
“Mereka adalah pakatan tidak sepakat bukan pakatan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 110 penduduk miskin, orang kurang upaya dan ibu tunggal di Kampung Bukit Lanchong, di sini Selasa.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Alipada Selasa bahawa negeri yang ditadbir pakatan akan menggunakan tiga tema sambutanhari kebangsaan.
Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa”, Kelantan dengan tema “Menerajui Perubahan” dan Kedah “Terus Berbakti”.
Mustafa berkata, penggunaan tema berbeza itu berikutan Kedah dan Kelantan telahmemutuskan tema masing-masing sebelum pakatan membuat keputusan menggunakan tema”Sebangsa, Senegara, Sejiwa”.
Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata pembangkang berasa tidak senang dengan tema hari kebangsaan yang dipilih kerajaan pusat iaitu “Janji Ditepati”, kerana mereka tidak pernah menepati janji.
“Terbukti manifesto pilihan raya umum lepas di empat negeri ditadbir pembangkang, hanya sebahagian kecil sahaja dilaksanakan. Sebab itu mereka berpakat untuk buat tema baru sedangkan tema sedia ada tiada salahnya.
“Dalam Islam kita dituntut supaya menepati janji. Memang sah mereka (pembangkang) takut pada ‘janji ditepati’ kerana mereka tidak tepati janji,” katanya. – BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team