BIADAP! ISRAEL MENGYAHUDIKAN AL AQSA, SAMA MACAM GUAN ENG MEN'DAP'KAN PENANG!

4 Aug 20121comments


Baitulmaqdis: Majlis Perbandaran Israel memutuskan pekarangan Masjid al-Aqsa sebagai kawasan taman awam sekali gus membolehkan pendatang Yahudi berkampung di kawasan berkenaan pada bila-bila masa. 

Pemimpin kedua Pergerakan Islam Bagi Wilayah Palestin Dijajah 1948, Sheikh Kamal Al-Khatib, mendedahkan keputusan itu diluluskan majlis berkenaan berkuat kuasa Ramadan tahun ini.


Yahudikan tanah suci 

Khatib memberi amaran, langkah pihak berkuasa Israel itu adalah satu langkah mengYahudikan tanah suci umat Islam di sini. 

Buat kali pertama, mereka membenarkan pendatang dan pelampau Yahudi masuk pekarangan al-Aqsa tanpa mengira perasaan orang Islam dalam masjid, katanya. 

Beliau juga mendedahkan tindakan askar Yahudi pada Jumaat lalu menyerbu al-Aqsa dan menahan imam masjid yang sedang sujud memimpin solat subuh menyebabkan ibadat itu tidak dapat disempurnakan. 

Kementerian Hal Ehwal Agama Palestin mengutuk keputusan Israel itu dan menyifatkannya pencabulan terang-terangan kesucian tanah suci umat Islam ketiga itu. 
Gesa lindungi al-Aqsa 

Sehubungan itu, kementerian itu menggesa pemimpin Islam seluruh dunia mengadakan sidang bagi membincangkan langkah untuk melindungi al-Aqsa. 

Di London, Pertubuhan Arab bagi Hak Asasi Manusia (AOHR) menyifatkan langkah yang dibuat Israel itu menyalahi undang-undang antarabangsa. 

Israel cabul Konvensyen Geneva 

Dalam kenyataannya, AOHR menekankan, keputusan Majlis Perbandaran Israel itu bercanggah dengan Konvensyen Geneva. 

Ia juga mengecam penasihat politik kerajaan Israel, Yehuda Vinstein yang mencadangkan kepada majlis dan pihak berkuasa antikuiti supaya mengkaji langkah menetapkan masjid itu sebagai sebahagian Israel. 

AOHR menegaskan, al-Aqsa bukan hanya meliputi struktur masjid tetapi juga kawasan pekarangannya termasuk Masjid Kubah Batu. 

Kawasan masjid al-Aqsa seluas 144,000 meter persegi, temboknya sepanjang 491 meter ke sebelah barat, 462 meter ke sebelah timur, 310 meter ke utara dan 281 meter ke selatan, kata AOHR. 
Agensi- 

MHS Melihat perkara yang berlaku di Palestin lebih kurang sama dengan cara DAP di Pulau Pinang dengan pembangunan yang sama sekali tidak seimbang di kalangan masyarakat. Pembinaan rumah-rumah mewah di bahagian Pulau, Pulau Pinang adalah bagi menarik minat kumpulan elit yang kebanyakannya datang dari Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain dan 'mengusir' mereka yang kurang berkemampuan dari Pulau tersebut. Harga rumah yang bermula dari RM 700 ribu ke atas sedang menghimpit penempatan orang-orang Melayu dan Cina yang tidak berkemampuan di BALIK PULAU. MHS nampak ianya seperti pengusiran etnik secara berperingkat dan HALUS sedang dilaksanakan KERAJAAN DAP Pimpinan Lim Guan Eng! 

MHS ingin menasihati pengundi-pengundi NEGERI SEMBILAN serta penyokong-penyokong PAS dan PKR supaya berhati-hati dengan agenda DAP yang mahu mengambil beberapa lagi negeri termasuk mengambil kembali PERAK dari Kerajaan Barisan Nasional!
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
4 August 2012 at 21:33

Nak buat camana pengikut2 pas & pkr nie bodoh...
Belajar jea tinggi tapi tak reti fikir logik...
Depa nie mungkin belajar camana nak tipu org supaya boleh kaya.. Itu jea depa tau...
Paling bangang camana mp haramjadah tu boleh menang...
Memang bodoh & bahalol tol pengikut2 pas & pkr nie...
Ku ulangi bodoh & bangang

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team