MAZLAN ALIMAN KINI PEMBELA BEKAS TENTERA

5 Aug 20121comments


6 Ogos 2012, Harakah: Mazlan Aliman dilapor mendakwa Kebajikan pihak tentera masih berada di takuk lama. Mazlan Aliman yang sebelum ini menjadi DUTA Tidak Rasmi FELDA kini bertekad untuk memperjuangkan nasib pihak tentera pula dan ingin menjadi Duta Pahlawan. Setelah suaranya di dalam memperjuangkan nasib masyarakat FELDA tidak diendah Masyarakat FELDA itu sendiri, Mazlan Aliman dengan rasminya melantik dirinya untuk menjadi Pembela Tentera! "Nampak gah sedikit membela nasib abang-abang tentera", sinis seorang krew MHS! 

NI MHS nak tunjukkan kat si Mazlan Aliman bengong ni.. 

SEPINTAS LALU NASIB PAHLAWAN DIBELA KERAJAAN 

  • 1 Oktober 2000 : Jabatan Hal Ehwal Veteren (JHEV)  ditubuhkan dan diletakkan di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.
  • 1 Januari 2001 : JHEV memulakan operasi dengan objektif mereka membantu para pesara Angkatan Tentera Malaysia dalam meningkatkan taraf sosioekonomi setelah menamatkan perkhidmatan dalam ATM. 
  • Pihak Kerajaan menubuhkan Yayasan Veteren Angkatan Tentera. 
  • Pihak Kerajaan melalui Persatuan Bekas Tentera Malaysia sentiasa menyalurkan bantuan kepada Kelab ini untuk tujuan kebajikan Pesara Tentera.
  • Pihak Kerajaan melalui JHEV dan PBTM memberi sokongan penuh kepada pesara-pesara tentera yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, natijahnya ramai pesara tentera yang berjaya bukan sahaja meningkatkan pendapatan diri dan keluarga malah dapat membuka peluang kerjaya kepada orang lain. 
  • JHEV memberi sokongan kepada pesara tentera melalui: 
    • Faedah Persaraan
    • Kerjaya selepas persaraan
    • Kemudahan Perubatan
    • Pembangunan Usahawan
    • Bantuan Kebajikan 
    • Program Bersama Majikan. 
  • Bantuan Kebajikan dan Biasiswa juga disalurkan kepada anak-anak Pesara Tentera yang cemerlang dan ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading melalui pelbagai saluran termasuk melalui JHEV, PBTM dan PERHEBAT iaitu Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera. 
  • Tentera Untuk tempoh 3 tahun 2010-2012, Kerajaan telah memberi sumbangan sebanyak RM 82 juta kepada 79,000 pesara-pesara yang tidak berpencen untuk pelbagai perbelanjaan. 
  • Bantuan -bantuan tidak menjurus kepada pesara sahaja, sebaliknya termasuk keseluruhan ahli keluarga tentera.
  • Untuk jangka panjang, bantuan sara hidup diberikan RM 3 ribu kebawah juga diberikan di bawah JHEV ini. 


 SEPINTAS LALU NASIB PAHLAWAN DIBELA PEMBANGKANG 

  • Penubuhan satu Pertubuhan Bekas Tentera pada 2011 (bagi pihak pembangkang
  • Tiada kesinambungan penubuhan Persatuan itu, dan tiada aktiviti serta berita terkini mengenai Persatuan yang ditubuh pembangkang.
  • Pembangkang melalui Mat Sabu membuat kenyataan yang kurang enak mengenai bekas tentera dan polis yang berjuang menentang komunis semasa zaman komunisme. 
  • Lain-lain aktiviti adalah dengan penyertaan Mazlan Aliman untuk menjadi Duta Tentera dalam Akhbar Harakah pada hari ini. (Tak caye, boleh lah beli Harakah sendiri)  
MHS mahukan rakyat faham bahawa Mazlan Aliman dan pembangkang ini akan menjual apa jua isu demi kepentingan politik murahan mereka. Mereka tidak ikhlas memperjuangkan nasib sesuatu bangsa / kelompok.
  • Apa dah jadi dengan kumpulan mahasiswa yang diperjuangkannya?
  • Apa dah jadi dengan persatuan tentera yang ditubuhkannya? 
  • Apa dah jadi dengan  Keluarga Teoh Beng Hock ? Hanya mengheret keluarga Teoh ke kancah politik. 


Share this article :

+ comments + 1 comments

6 August 2012 at 01:55

Geng2 persatuan haram KERABAT ni dah xda jalan lain nak raih sokongan.. Sikap suka menafikan perkara yang HAQ memang dah jadi darah turun temurun puak2 PAS/PKR. Baik KERABATnya, atau pun KOBAT nye.

Pihak kerajaan/MINDEF/ATM banyak dah melakukan pelbagai inisiatif utk bekas tentera. kepada pembaca, cuba cek link kat bawah:

http://www.askarsetia.blogspot.com/2012/06/perjuangan-pvtm-untuk-bekas-tentera.html

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team