DIA LAKUKAN SEKS LUAR TABII KE ATAS JIRANNYA. PENJARA 7 HARI SAHAJA?

3 Aug 20123comments


PETALING JAYA: Seorang bekas tentera dihukum penjara tujuh hari selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap seorang suri rumah yang juga jirannya, tahun lalu. 

Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman terbabit terhadap Ibrahim Mohd, 63, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.



Hakim juga memerintahkan Ibrahim membayar kos perundangan sebanyak RM2,000 terhadap pihak pendakwaan, dan memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini.

Ibrahim didakwa meliwat wanita berusia 49 itu di sebuah rumah di Taman Desa Ria, di sini, pada jam 1.30 petang, 27 September 2011. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. 

Terdahulu, peguam Esther Tan yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan berikutan usia anak guamnya serta penyakit jantung yang sedang dihadapinya. 

Lima saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan. - BERNAMA 
Irsyad Manji : Tokoh LGBT Antarabangsa, 

MHS berpendapat, hukuman lebih berat perlu dikenakan untuk mengajar dan mendidik masyarakat agar tidak melakukan perkara yang dilaknat Allah, SETAKAT penjara 7 hari dan denda RM 2000 adalah perkara yang 'enteng' untuk 'dibayar' oleh puak-puak songsang LGBT ini! 

* LGBT (also GLBT) adalah suatu is an akronim merujukkan secara kelompok pada orang yang LesbianGayBiseksual, dan Transeksual
Share this article :

+ comments + 3 comments

PKR IS DEATH
3 August 2012 at 15:26

kalau kena kat anwar, 40 kali dakwaan pun dia sanggup bayar agaknya..haha

3 August 2012 at 16:01

Sewajarnya mulai sekarang ini UMNO perlu berusaha untuk melaksanakan hukum Hudud untuk mengekang masaalah jenayah dan perzinaan yang semakin membimbangkan...! Tranformasi untuk Hudud wajar dilaksanakan.

3 August 2012 at 16:06

Bukan UMNO sahaja. Semua masyarakat ISLAM tak kira apa jua fahaman politik perlu berusaha kearah itu. Ke arah Kebaikan

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team